Lelaki Terima Hukuman Penjara 16 Tahun Atas Tuduhan Merogol Dan Mencabul Ibu Kandung infomalay12.blogspot.com


Mahkamah Tinggi Singapura - Seorang lelaki berusia 34  sebelum ini mengaku tidak bersalah telah dijatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 18 sebatan atas tuduhan merogol dan mencabul ibu kandungnya sendiri yang berusia 53 tahun ketika kejadian berlaku pada 2013.

Ketika dakwaan dibuat lelaki itu berkata tuduhan itu palsu kerana ibu kandung dan bapa tirinya ingin menghalau dia keluar dari rumah flat yang mereka diami.

Pesuruhjaya Kehakiman, Foo Chee Hok berkata kes berkenaan menimbulkan tanda tanya
yang merunsingkan kerana sanggupkah seorang ibu menuduh anaknya sebagai perogol dan sanggupkah seorang anak merogol ibunya.

Walaubagaimanapun, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan adalah benar tanpa keraguan terhadap tiga pertuduhan membabitkan rogol dan cabul.

Mangsa yang kini berusia 58 tahun ketika kejadian berlaku pada 4 oktober 2013 sedang tidur keseorangan sebelum anaknya pulang ke flat mereka melakukan gangguan seksual.

Pada tahun 2016, ketika perbicaraan dijalankan tertuduh yang merupakan bekas koordinator keselamatan mendakwa dia hanya mengangkat baju tidur mangsa kerana dia ingin melihat bahagian sulit ibunya. Editor:Anna

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :