Intan Akui Rezeki Bertambah Selepas Bercerai infomalay12.blogspot.com


Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai isu pencerai Ude Wahid dan bekas isterinya iaitu Intan Liana Salleh. Hasil daripada perkahwinan yang telah dibina sekian lama ini, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata yang di beri nama Arish Muqri Radzi dan Ariq Muqri Radzi.

Ternyata jodoh mereka yang mampu bertahan setakat itu sahaja. Selepas daripada peristiwa itu Intan hanya banyak mendiamkan diri dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Keluarga dan kawan-kawan lah yang paling banyak memberikan semangat kepadanya untuk terus bangkit meneruskan kehidupan yang bakal di tempuhinya.

Antaranya artis yang memberikan semangat kepadanya adalah Rita Rudaini atau nama sebenarnya Rita Rudaini Binti Mokhtar. Rita merupakan salah seorang pelakon wanita dan model popular di Malaysia suatu ketika dahulu. 

Rita juga telah meluahkan rasa kecil hati terhadap kawan baiknya iaitu Izreen Azminda yang dikatakan telah menghilang kan diri setelah di kecam teruk oleh para netizen di media sosial. Rita juga mengakui dia dapat menyelami apa yang dilalui oleh Intan kerana suatu ketika dahulu dia juga melalui fasa yang sama seperti Intan.


Baru-baru ini Rita Rudaini telah bertemu dengan bekas madu Izreen dan berkongsi pengalamannya itu kepada Intan. Gambar yang telah di muat naik di Instagram milik iaitu @ritrud727 telah mendapat pujian daripada para netizen yang memuji sikap Rita kerana banyak mengajar Intan apa yang harus di lakukannya.


Intan juga mengakui selepas penceriannya dengan bekas suami rezekinya sekeluarga bertambah-tambah. Intan juga telah mendapat tawaran menjadi model tudung dari Aliff by Sha yang di keluarkan oleh usahawan berjaya iaitu Dato' Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman dan pasangannya Datin Sri Nur Shahida binti Mohd Rashid.


Selain itu, Intan juga membuat "paid review" bagi produk-produk tertentu yang memerlukan khidmatnya untuk mempromosi kan produk tersebut. Hasil daripada itulah Intan dapat menampung kehidupannya bersama anak-anak tercinta. Diharap Intan sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki . Editor: Ila Hakimi.





Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :