Video Dan 9 Gambar Ngeri: Wanita Dirogol Dan Bunuh, Sumbat Mulut Dengan Seluar Dalam. infomalay12.blogspot.com

INDONESIA: Seorang wanita dipercayai telah dibunuh apabila mayatnya ditemui dalam keadaan kejam dan menyayat hati di Waduk Cengklik Kampung Ngargorejo, Jawa Tengah, Indonesia hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Dera Dewanti, 35 telah ditemui di kawasan sawah padi oleh penduduk kampung yang melalui kawasan terbabit kira-kira pada jam 7.00 pagi tadi. 


Mangsa dipercayai telah dibunuh dengan kejam apabila mayatnya dikatakan telah ditemui tanpa memakai pakaian, tangannya telah diikat, lehernya telah di jerut, serta mulutnya juga telah di sumbat dengan seluar dalam.

Penduduk kampung tersebut menganggap kes bunuh ini sebagai kejam dan juga menyayat hati apabila mereka melihat keadaan mangsa dan juga tidak percaya bahawa mangsa akan diperlakukan sedemikian rupa.


Menurut pihak polis, mangsa dipercayai telah dibunuh dan dirogol ditempat lain sebelum penjenayah tersebut bertindak membuang mayatnya itu di pintu masuk kampung.

Pihak polis juga akan segera menjalankan siasatan lanjut untuk menyelesaikan kes ini.

Bagaimanapun, menurut jiran kepada mangsa, Dera dikatakan telah hilang tanpa jejak sejak dua hari yang lalu.

Namun, kisah kehilangannya itu tidak menimbulkan sebarang kecurigaan buat penduduk kampung  kerana Dera dikatakan selalu pulang ke kampung halamannya untuk menjaga ibunya yang sakit.

Menurut Ketua Polis Ngemplak, AKP Rubiyati, mangsa telah dihantar ke hospital berdekatan untuk dibedah siasat dan sebaik sahaja habis bedah siasat, pihak polis akan segera menjalankan siasatan lanjut mengenai kes ini supaya penjenayah yang sebenar dapat ditangkap dengan segera.

Tambahnya lagi, sehingga kini pihaknya masih belum melakukan apa-apa tangkapan kepada mana-mana individu namun mereka masih lagi dalam proses mengambil keterangan daripada orang yang mengenali mangsa.

Proses ini akan membabitkan kawasan tempat bekerja mangsa di Bank Perkreditan Rakyat dan pihak polis juga akan turut menyoal siasat keluarga mangsa untuk mendapatkan maklumat secara terperinci mengenai kes ini. Editor: Amira
  








Subscribe to receive free email updates: