Fakta Disebalik Video Lucah Budak Kecil Dengan Wanita Dewasa. infomalay12.blogspot.com


INDONESIA – Satu video klip yang memaparkan adegan lucah kanak-kanak ditemui pada minggu lalu turut melibatkan seorang wanita dewasa.

Hasil siasatan polis Indonesia terhadap video tersebut aksi kanak-kanak terbabit turut disaksikan oleh ibu kepada salah seorang mangsa kanak-kanak yang terlibat.

Pengarah Jenayah Am Polis Daerah Jakarta Barat, Umar Surya Fana berkata ibu mangsa berkenaan didakwa turut mengarahkan babak dan adegan ketika kejadian tersebut berlaku.

“Daripada bahasa percakapan di antara anak dengan salah seorang wanita di dalam video berkenaan, dipercayai dia ialah ibu kandung kanak-kanak itu sendiri.

“Di satu lokasi kejadian, ibu kandungnya ada di dalam bilik menyaksikan, malah mengarahkan anaknya sendiri (untuk melakonkan babak lucah),” kata Umar Surya Fana yang dipetik daripada portal BBC Indonesia.

Pada minggu yang lalu, Indonesia digemparkan dengan penyebaran video pornografi kanak-kanak yang dilakukan beberapa orang budak lelaki dipercayai berusia sekitar 10 hingga 12 tahun bersama seorang perempuan dewasa.

Penemuan video pornografi tersebut dipercayai wujudnya sindiket yang cuba untuk “mempromosi hubungan seksual antara anak-anak dengan orang dewasa”.

Hasil siasatan pihak Penyiasat Indonesia, mangsa kanak-kanak dipercayai anak-anak jalanan berusia di antara 7 hingga 13 tahun yang menjadi gelandangan di ibu kota.

Dua buah hotel di Bandung yang dipercayai menjadi lokasi penggambaran video tersebut telah diserbu pihak berkuasa.

Golongan pedofil menjadi sasaran video lucah tersebut namun tidak pasti sama ada akan dijual hanya kepada penduduk tempatan atau luar negara. Editor:Farhana

Subscribe to receive free email updates: