Satu video berdurasi 1 minit 34 saat telah menjadi di laman sosial gara-gara seorang pelanggan telah mengamuk dan memarahi pekerja sebuah restoran makanan segera iaitu MacDonald's.
Kejadian ini difahamkan berlaku di Singapura di mana video tersebut diambil oleh seorang pelanggan di kawasan terbabit.
Melalui rakaman video tersebut, dilihat seorang lelaki yang memakai baju berwarna hitam di samping seorang wanita bertindak secara kasar dengan memarahi seorang pekerja wanita.
Difahamkan, kejadian ini berlaku disebabkan oleh aiskrim RM 1 yang dijual di dalam MacDonald's terbabit di mana lelaki tersebut datang untuk membelinya.
Pekerja terbabit difahamkan meminta lelaki tersebut membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum membeli namun lelaki terbabit berkeras dan mulai berang apabila pekerja terbabit meminta wang daripadanya.
Perbuatan tersebut telah mencetuskan huru-hara di dalam kawasan terbabit dan dapat dilihat pekerja wanita tersebut sedaya upaya cuba menerangkan bahawa semua yang di lakukannya itu adalah mengikut arahan pihak atasan di mana pelanggan yang memesan makanan perlulah membuat pembayaran terlebih dahulu.
Oleh kerana tidak mahu mengikut syarat yang ditetapkan lelaki terbabit dilihat meninggikan suara sehingga menyebabkan dia menjerit dan meminta pihak atasan Macdonalds untuk keluar berhadapan dengannya.
Namun, kecekapan pekerja terbabit yang sabar melayan kerenah pelanggan itu seharusnya dipuji di mana pada akhirnya isteri kepada lelaki terbabit cuba untuk menenangkan keadaan yang keruh itu.