PEMBUAT, PENYEBAR BERITA PALSU AKAN TERIMA HUKUMAN SETIMPAL - TPM infomalay12.blogspot.com


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan kanak-kanak ketika had


Bagan Datuk - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pembuat dan penyebar berita palsu bahawa mereka tidak akan terlepas daripada menerima hukuman setimpal dengan perbuatan yang dilakukan itu.

Ahmad Zahid berkata, ini kerana penyebaran berita palsu dilihat semakin meningkat akhir-akhir ini di media sosial terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) malah terdapat pihak yang telah memulakan tugas mereka menyebarkan berita palsu.

Ahmad Zahid berkata, perbuatan itu tidak boleh dibiarkan kerana penyalahgunaan terhadap kemajuan teknologi tersebut mampu merosakkan akal rakyat selain meracuni pemikiran mereka

“Berita palsu dicipta untuk pengaruhi rakyat dan memburukkan keadaan dan seolah-olahnya dirinya (penyebar berita) seronok apabila berita tular.

“Jadi kepada mereka yang berani buat begitu (membuat dan menyebar berita palsu), tunggu harga yang sepatut anda bayar dan tunggu tindakan yang akan dilakukan pihak berkuasa,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan secara serentak tiga pusat Internet 1Malaysia kawasan Parlimen Bagan Datuk di Kampung Telok Buloh, Hutan Melintang di sini semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :