Kanak-kanak Jatuh Dari Tingkat 4 Nyaris - Nyaris Maut infomalay12.blogspot.com



KUANTAN: Seorang bayi lelaki berusia 17 bulan nyaris menempah maut apabila satu kejadian berlaku di mana mangsa dikatakan terjatuh dari tingkat empat flatnya di Kompleks Desa Tentera Darat, Sungai Panching, Kuantan, semalam.

Kejadian difahamkan berlaku pada pukul 5.15 petang ketika mangsa dikatakan berada di rumah bersama dengan ibunya.

Mangsa kemudiannya dikatakan bermain di sekitar ruang tamu rumah dan dia turut membuka pintu “sliding” di beranda.

Selepas itu, bayi berkenaan keluar dan bermain seperti biasa di sekitar kawasan beranda namun secara tiba-tiba kejadian yang diingini berlaku di mana dia jatuh secara tiba-tiba.

Bapa mangsa yang merupakan seorang anggota tentera dikatakan sedang membasuh kereta di luar rumah menyedari kejadian yang berlaku itu dan segera mendapatkan anaknya.

Mangsa bagaimanapun sempat di selamatkan dan dia dikatakan tidak mengalami kecederaan yang serius.

Keluarga mangsa yang menyedari akan perkara tersebut terus membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, ketika dihubungi berkata dia telah mengesahkan kejadian berkenaan. Sumber: Berita Harian, Editor: Amira

Subscribe to receive free email updates: