Mohamad Amir Hamid, 22 tahun dan isterinya, Nor Zalila Zainol, 21 tahun selain anak kecil mereka berusia lima bulan, terpaksa hidup sebatang kara, dibuang keluarga kerana miskin nasib yang terpaksa dihadapi.
Pasangan itu hanya mempunyai adik beradik memandangkan kedua-dua ibu bapa mereka telah meninggal dunia.
Malah ketika isteri sarat mengandung, Mohamad Amir pernah menjadikan sebatang pokok sebagai tempat untuk berteduh selama hampir setahun.
Menurutnya lagi, kerana gagal membayar sewa rumah selama empat bulan, mereka dihalau oleh tuan rumah.
“Setiap malam saya dan isteri akan tidur secara bergilir-gilir memandangkan pondok usang ini sering ‘dikunjungi’ nyamuk selain terpaksa tidur dalam keadaan mengerekot kerana sempit,” katanya
“Sekarang saya tinggal di pondok usang ini di tengah bendang sawah atas tanah rizab milik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) kira-kira lima kilometer dari jalan ke Kampung Gelam Dua, Yan di sini.
Menceritakan lebih lanjut, Nor Zalila juadah makan tengah hari atau makan malam mereka bukan romantik seperti pasangan lain sebaliknya terpaksa berkongsi mi segera.
Tambahnya, kadang kala, dia sengaja memasak mi segera itu dalam tempoh lama bagi membolehkan mi segera itu kembang selain nampak banyak.
“Sedih juga dengan nasib macam ini tetapi saya tidak pernah membiarkan suami membanting tulang sendirian sebaliknya membantu mengambil upah menanam padi.
“Ketika dalam berpantang pun saya sudah mula membantu suami dengan meninggalkan bayi sendirian di pondok ini,” katanya.
“Saya sudah menyuarakan perkara yang menimpa pasangan ini kepada pihak berwajib seperti Jabatan Agama Islam Kedah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah,” katanya.
Sementara itu, sekumpulan Belia Muafakat Kedah, Mohammad Nasir Abdul Manaf berkata, dia dan penduduk kampung akan bergotong-royong membantu memindahkan keluarga itu ke sebuah rumah sewa baharu di Kampung Bahagia, Kota Sarang Semut, di sini. Sumber: Astro Awani - Editor: Amylea Nazrul