Mayat OKU Ditemui Dalam Bilik infomalay12.blogspot.com


KEDAH – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) Wong Lai Kang, 39 ditemui mati di dalam bilik di rumahnya di Taman Tunku Habsah, Jalan Kanchut, Alor Setar.

Anggota bomba telah menjumpai mangsa sedang tersandar di atas kerusi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah,

Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata,pihaknya menerima panggilan khidmat kemanusiaan pada 11.54 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar tiba di lokasi empat minit kemudian.

Pegawai Bomba Tinggi (PBT) Hamidi Manas pergi ke lokasi dengan sebuah jentera mengetuai operasi bersama sembilan anggota termasuk penyelia serta Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

"Setibanya di lokasi, didapati mangsa terperangkap dalam bilik dan ketua operasi kemudian mengarahkan anggota menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu bilik sebelum menemui mangsa.

"Lelaki itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya

Mohamad Mustakim berkata, operasi tamat pada 12.32 tengah malam. Sumber:Harian Metro , Editor:Farhana

Subscribe to receive free email updates: