Pembangkang tak kuat, tetapi Umno lemah akibat berpecah sembang Zahid infomalay12.blogspot.com

Beliau berkata, jika semua pihak bersatu padu, Sungai Petani akan menjadi milik Umno.
zahid-umnoSUNGAI PETANI: Ahli Umno diingatkan tidak lagi berpecah dan mewujudkan kem tertentu dalam parti, jika mahu menang besar dalam pilihan raya umum ke-14.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, cukuplah pembangkang meraih kesempatan memenangi kerusi itu yang selama ini menjadi milik Umno dan Barisan Nasional (BN) disebabkan kelemahan ahli sendiri.
“Pembangkang tidak kuat sebenarnya, tetapi kita yang lemah. Bila kita lemah dan berpecah, depa (pembangkang) ambil kesempatan…cukuplah kita berpecah.
“Masalah di Kedah (pada PRU12), pembangkang ambil alih sebab kita ketika itu mahu padankan muka orang dan lepas itu padan muka kita sebab hilang negeri. Pada PRU14 kena tebus maruah untuk dapatkan semula kerusi yang kalah sebelum ini,” katanya berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sungai Petani hari ini.
Turut hadir Ahli Parlimen Jerai yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Datuk Abdul Rahim Saad.
Menyentuh Umno Bahagian Sungai Petani, Zahid berkata, perpecahan berlaku sebelum ini antara punca parti gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Petani, Dewan Undangan Negeri Bakar Arang dan Sidam.
“Kekalahan ini harus ditebus semula dan tidak mustahil untuk menang semula di kerusi berkenaan, jika kita bersatu,” katanya.
Zahid berkata, semua pihak termasuk parti komponen di kawasan Parlimen Sungai Petani diminta menggandakan usaha merampas semula kerusi berkenaan.
“Saya juga tidak campur urusan parti komponen lain, tetapi minta mereka pilih calon tempatan dan Umno akan menolong capai kemenangan,” katanya.
Beliau berkata, Sungai Petani hak Umno dan BN dan sekiranya semua pihak bersatu padu, sudah tentu pembangkang gagal selepas ini.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :