Ketua Pemuda Pas Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi seharusnya menuntut Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik Amanat Hadi pada tahun 1981 yang secara jelas menyatakan bahawa Malaysia ialah negara sekular.
"Dakwaan Khalil tentang perjuangan mengsekularkan negara ini seolah-olah menunjukkan beliau lupa akan Amanat Hadi yang disampaikan dalam satu ceramah di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang secara jelas menyatakan bahawa negara ini adalah negara sekular.
Beliau mengulas kenyataan Khalil yang juga anak kepada Abdul Hadi baru-baru ini bahawa DAP mempengaruhi parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) untuk mengsekularkan negara ini dan menyemarakkan hasutan kebencian dan tuduhan terutama terhadap usaha agama dibawa Pas.
"Ketika sama, pergerakan DAP turut dibayangi agenda Evangelis Kristian dan bercita-cita menawan untuk mengsekularkan negara ini. Bahkan tindak-tanduk DAP jelas mahu menjadi dominan dalam Pakatan Harapan, sekali gus menentu arah setiap tindakan pakatan itu.
"Keadaan itu mendedahkan hakikat bahawa undi kepada parti dalam Pakatan Harapan bermakna memberi undi kepada DAP. DAP sebenarnya menyelindungi wajah hipokrit dengan menyelinap serta mempengaruhi Parti Amanah Negara, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PKR untuk dicengkam sebagai proksi dalam melaksanakan pelbagai misinya," katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Faiz menyifatkan dakwaan itu sebagai suatu usaha terdesak Pas bagi mengaburi mata orang Melayu Islam di negara ini daripada membuat perubahan dalam pilihan raya umum Ke-14.
"Khalil yang terus-menerus mendendangkan isu yang sama seolah-olah membaca skrip yang ditulis Umno yang tidak lagi mempunyai peluru bagi menangkis segala isu rasuah dan salah tadbir urus Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak dan Umno dalam negara selain daripada bergantung kepada sentimen perkauman," katanya.
Read More / Baca Lagi >>