DoJ: Kerajaan perlu sangkal secara terbuka infomalay12.blogspot.com

Kerajaan perlu bertindak dengan menyangkal semua dakwaan berhubung saman sivil yang dikeluarkan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) secara terbuka.
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, berikutan pelbagai kenyataan DoJ untuk merampas aset yang berkait dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kerajaan perlu bertindak.
"Walauapapun, jika ada sesiapa yang merasakan mereka tidak sepatutnya didakwa di dalam dokumen DoJ, mereka sepatutnya boleh sahaja campur tangan di dalam proses mahkamah untuk memadamkan nama mereka daripada dokumen mahkamah tersebut.
Nik Nazmi Nik Ahmad "DoJ telah mengendalikan kes ini mengikut proses yang ditetapkan, dan telah melakukannya secara konsisten terhadap pesalahlaku 1MDB walaupun telah berlaku pelbagai perubahan pentadbiran dengan Presiden AS yang baharu iaitu daripada Barack Obama kepada Donald Trump, dengan parti politik baru yang menguasai pentadbiran serta peguam negara yang baru," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, tindakan DoJ, menurut mereka sendiri, adalah untuk “melindungi keselamatan dan integriti sistem kewangan AS daripada segala penyalahgunaan, termasuklah oleh kleptokrat yang hendak menyimpan kekayaan yang diperoleh secara haram atau pencurian”.
"Jelas daripada kenyataan ini, tindakan itu untuk melindungi kepentingan AS dan bukan untuk mencampur tangan di dalam perihal negara kita, oleh itu kerajaan perlu buktikan sebaliknya.
"Kita sudah lihat beberapa selebriti terkemuka dunia seperti Leonardo DiCaprio dan Miranda Kerr memulangkan 'hadiah' yang diberikan Low Taek Jho, yang ada disebut namanya di dalam saman DoJ, Riza Aziz," katanya.
Nik Nazmi berkata, jika selebriti ini telah lakukan apa yang patut untuk membersihkan nama daripada skandal 1MDB, mungkin juga wajar untuk pihak berkuasa Malaysia menuruti langkah ini dan bekerjasama dengan pihak AS tanpa menetapkan syarat.
"Tetapi pihak berkuasa Malaysia juga harus ingat bukan AS sahaja yang sedang menyiasat dan bertindak ke atas kes 1MDB ini.
"Negara lain seperti Singapura, Luxembourg, Switzerland, Hong Kong dan Australia juga ada mengambil tindakan tegas," katanya.
Nik Nazmi turut mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi tidak menyaman Wall Street Journal tentang isu 1MDB sehingga ke hari ini
"Rakyat mahukan jawapan dan kebenaran, pada masa ini kami langsung tidak dapat apa-apa daripada pihak kerajaan," katanya.
Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyifatkan tindakan saman sivil terbaharu dikemukakan DoJ bertujuan merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa dana seleweng dari dana 1MDB sebagai mainan politik.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: