“Mereka mengatakan Umno bukan lagi musuh mereka, mereka tidak perlu jatuhkan kerajaan. Kalau parti politik pembangkang tidak mahu jatuhkan kerajaan, baik jadi NGO,” katanya kepada media di sini.Beliau menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Amanah Negara di Dewan Perniagaan Cina, di sini.
Menurutnya, dalam masa yang sama juga, Amanah melihat tiada keperluan lagi Pas di Malaysia memandangkan parti itu sudah dilihat jauh tersasar daripada perjuangan asalnya.