Bagaimanapun penganalisis-penganalisis politik berpandangan mimpi ngeri Kit Siang itu tidak mungkin akan berlaku.
Kit Siang fears a darker and less tolerant society under the two most dominant Malay parties.
Itulah masa depan yang diramalkan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, yang turut bimbang bakal lahir masyarakat lebih malap dan kurang bertoleransi di bawah pentadbiran kedua-dua parti Melayu yang paling dominan.
Bagaimanapun penganalisis-penganalisis berpandangan mimpi ngeri Kit Siang itu tidak mungkin akan berlaku.
Berdasarkan kenyataan dibuat pemimpin PAS baru-baru ini, Kit Siang merumuskan pentadbiran bersama kedua-dua parti terbabit “akan menafikan dan bertentangan dengan prinsip-prinsip Malaysia yang telah dibina.”
“Saya fikir apa yang PAS mahu sangat jelas. Oleh itu, kita tidak lagi dianggap sebagai negara yang sederhana.
“Dan negara akan berhadapan dengan pelanggaran prinsip-prinsip pengasas negara kita. Kita akan bergerak ke arah lebih tidak bertoleransi, kekaburan, ketidakpercayaan dan perpecahan.
“Semua ini di atas kleptokrasi yang lebih besar. Jadi, kita akan melihat perubahan negatif dari semua aspek: ekonomi, sosial dan proses pembinaan negara,” kata beliau kepada FMT.
Kit Siang tidak bersendirian dalam pendiriannya. Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim, yang kini bersama DAP, mengemukakan gambaran yang lebih malap di mana beliau menyamakan PAS dan pemimpin Umno dengan pemerintahan ala Taliban.
Datuk Zaid Ibrahim.
“Ciri yang sama dalam tadbir urus yang buruk, salah urus dan akauntabiliti sifar akan diteruskan. Undang-undang yang ketat – baik awam mahupun Islam – akan dilaksanakan, dan penghijrahan rakyat Malaysia ke tempat lain akan meningkat dengan ketara.
“Bagi umat Islam yang lebih sederhana dan liberal, mereka secara senyap-senyap akan hilang kerana takut akan pendakwaan dan ugutan.”
Adakah ketakutan sedemikian munasabah?
Pentadbiran PAS-Umno abad ke-21 sama sekali tidak dapat dibayangkan. Ia bukan yang pertama.
Kembali kepada era 1973, Presiden PAS ketika itu Datuk Asri Muda telah bergabung dengan BN dan, pada hakikatnya, membawa parti itu ke dalam gabungan pemerintah. PAS bertanding pada pilihan raya umum 1974 di bawah bendera BN.
Read More / Baca Lagi >>