Rasuah RM90 juta, 'Kartel Dedak' & Menantu Hadi akan tersingkir dari pimpinan PAS? Dakwaan fitnah menjelang PRU14 lalu terbukti benar [Video BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA SEORANG BANDUAN?] infomalay12.blogspot.com

Selasa, 14 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Nampaknya menantu akan tersingkir dari pimpinan PAS dan terbukti yang kartel dedak lebih besar dari 5 org termasuk lah Lebai Hadi sendiri...
Otai BERSIH

DAKWAAN FITNAH MENJELANG PRU 14 LALU TERBUKTI BENAR

Gabungan antara Pas dengan Umno yang dianggap sebagai fitnah dan serangan kepada Pas ketika kempen pilihan raya ke 14 lalu kini menjadi kenyataan.
Ia berikutan kenyataan presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pas akan bergabung dengan Umno menjelang pilihan raya ke 15 nanti.
Menjelang pilihan raya lalu misalnya, salah satu laman popular Pas, PemudaGombak.com menyiarkan apa yang dikatakan sebagai fitnah dan label kepada Pas.
Menurutnya, menjelang PRU 13 (2013), Pas dilebelkan sebagai kuda tunggangan DAP manakala pada PRU 14 (2018), Pas dilabelkan akan bergabung dengan Umno.
Kini label yang diberikan oleh sebahagian pemimpin yang menentang usaha dalam gelap sebahagian pimpinan Pas yang lain untuk bergabung dengan Umno itu menjadi kenyataan.
Ia berlaku apabila pihak-pihak yang buruk telah keluar dari Pas dengan menubuhkan AMANAH dan Umno menyertai Dr Mahathir menubuhkan Bersatu, kata Abdul Hadi baru-baru ini.
“Pas dan Umno dalam keadaan yang bersih dan baik sekarang. Terima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana membawa keluar orang-orang yang bermasalah dalam Umno.
“Jadi insya Allah usaha penyatuan Pas dengan Umno akan berlaku menjelang pilihan raya 15 akan datang,” kata Hadi ketika ceramah di Kerdau baru-baru ini.
Perpecahan dalam Pas jelas selepas pilihan raya umum ke 12 (2008) apabila sebahagian pemimpin Pas mahu bekerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan khasnya di Perak dan Selangor.
Pihak yang menentang kerjasama Pas Umno ini dan mendakwa adanya kerjasama antara kedua-duanya kemudian dilebelkan sebagai ‘jebon’ dan sebagainya dan ditendang keluar dari Pas selepas Muktamar 2015 parti itu.
Mereka menubuhkan AMANAH dan bergabung dengan PKR dan DAP ketika itu. Menjelang PRU 14 (2018), Bersatu menyertai gabungannya dan dinamakan sebagai Pakatan Harapan lalu menang dalam pilihan raya itu.

Subscribe to receive free email updates: