Dua hari lepas, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil sibuk memotong riben merasmikan 3 lif baru di Apartment Putra Ria. Ahli Patlimen (MP) PH ini tidak ubah seperti Menteri-Menteri lain yang berkelakuan lembu punya susu, sapi yang dapat nama.
Pertama, peruntukan penukaran lif sebanyak RM400,000 ini dilakukan pada April 2018. Oleh itu jelas sekali peruntukan dibuat pada zaman Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Menteri Kerajaan BN yang bertanggungjawab kerap kali menukar lif yang rosak dan usang di penempatan di bawah Parlimen Lembah Pantai. Namun, tidak sekalipun, beliau memotong riben untuk merasmikannya.
Kesimpulannya, kalau jenis muka tembok, memang MP PH.