Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan guru telah digubal dan disemak - Maszlee infomalay12.blogspot.com

Pulau Pinang, 16 Mei - Bagi menjamin kebajikan guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah selesai menyemak dan menggubal Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan guru dan antara inisiatif yang akan diambil termasuklah menyediakan perlindungan insurans guru dengan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Perkara ini menjadi hangat apabila hampir setiap kali berlaku kecelakaan atau kemalangan, guru sering tidak mendapat pembelaan sewajarnya malah dipersalahkan sebagai pengakibat kejadian.

Jaminan daripada kerajaan ini diharapkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada semua warga pendidik di sekolah yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam menabur ilmu kepada murid-muridnya.

Antara inisiatif-inisiatif lain yang diumumkan ketika ucapan alu-aluan Menteri Pendidikan boleh dibaca dilampiran di bawah:





Subscribe to receive free email updates: