Audit SKPMg2 oleh Jemaah Nazir diberhentikan, ringan beban guru - Maszlee infomalay12.blogspot.com

Pulau Pinang, 16 Mei - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik hari ini mengumumkan beberapa lagi inisiatif untuk memastikan guru-guru tidak lagi dibebani dengan tugasan pengkeranian serta menumpukan sepenuhnya dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.

Perkara tersebut terkandung di dalam ucapan alu-aluan beliau sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di SPICE Arena, Pulau Pinang.

Antara yang diumumkan melibatkan penambahbaikan pengurusan fail, pelaporan dan dokumentasi; penambahbaikan proses pengurusan data dan sistem online, autonomi pelaksanaan linus dan pentaksiran tahap 1, penyeragaman borang dan proses pemantauan serta penyelarasan penubuhan jawatankuasa di peringkat sekolah.
Bagi inisiatif jangka sederhana yang dilaksanakan bermula seawal Januari 2019 sehingga akhir tahun, beberapa isu akan ditangani, antaranya isu pengisian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2).

Bagi mengurangkan isu beban tugas guru berkaitan pelaksanaan SKPMg2 di mana guru perlu membuat semakan berkala terhadap tugas mereka dan menyediakan dokumen atau eviden berkaitan tugas tersebut, Jemaah Nazir telah memperkenalkan beberapa tindakan untuk menangani isu ini.

Jemaah Nazir telah memberhentikan pelaksanaa Audit SPMg2 dan sekolah hanya perlu melaksana audit kendiri bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Fasa semakan dan penilaian kendiri dibuka dua kali setahun iaitu pada bulan Januari hingga Mac (Fasa 1) dan Ogos hingga November (Fasa 2) berbanding tiga (3) kali sebelum ini.

Sistem Online sentiasa dibuka untuk dikemaskini dan pemantauan oleh pentadbir sekolah.

Beberapa inisiatif lain boleh dilihat melalui infografik yang telah disedikan oleh pihak KPM di bawah.

Subscribe to receive free email updates: