Pemuda Amanah Perak kesan program Umno, Pas salah guna masjid! Pemimpin 6 parti menghadap Sultan Perak [Video ADAKAH PAS AKAN AJAK BARISAN NASIONAL SUJUD?] infomalay12.blogspot.com

Sabtu, 25 Mei 2019
Jom Channel
Ingat lagikah anda bahawa Presiden PAS Dato' Seri Hadi Awang pernah berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO kerana dasarnya berlainan di mana PAS mahu Islam memerintah, bukan diperintah. "UMNO sekarang mengalami kebocoran bahtera. Kaedah kita orang pergi laut, kalau bahtera bocor kita pergi dekat, bahtera kita pun boleh tenggelam sama. Nak gabung dengan parti bocor ini satu benda yang sulit dan payah" katanya seperti dipetik Harakahdaily. Perkara tersebut dinyatakan beliau dalam sesi soal jawab bersama warga Malaysia pada program "An Evening With Tuan Guru Abdul Hadi Awang" di Dublin, Ireland, pada Disember tahun lalu. "Dan UMNO ini ada penyakit dan masalah dia. Adapun mengata UMNO di Alam Barzakh, maka tidak mudah. Parti Komunis yang diharamkan pun masih ada. Parti Hitler masih ada pengikut. Syaitan pun ada pengikut.” "Tuhan jadikan tak mati syaitan selagi tak berlaku Kiamat. Bukan saya kata dia syaitan, tidak. Tetapi Kita nak matikan kefahaman ini tidak mudah, akan ada warisan dia" jelas beliau.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri
Salah guna masjid: Sultan Perak titah pemimpin politik menghadap.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menitahkan beberapa pemimpin parti politik di negeri ini untuk menghadap baginda susulan dakwaan segelintir pihak menggunakan masjid dan surau untuk aktiviti parti.
Antara pemimpin parti daripada Pakatan Harapan (PH) yang hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Perak; Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Asmuni Awi; Pengerusi PKR negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Penasihat DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.
Menurut Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini pertemuan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kira-kira pukul 4 petang tadi.
"Istana akan mengeluarkan kenyataan berhubung pertemuan itu esok," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Baru-baru ini Wanita UMNO dan Muslimat Pas Lumut dilapor mengadakan program di Masjid Terapung Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar, manakala Pemuda UMNO di Masjid Al-Khairiah Kampung Banjar, Teluk Intan.
Selain itu, Surau Klebang Prima di sini turut dilapor digunakan dengan memaparkan kain rentang tertera logo UMNO dan Pas, manakala pemimpin utama Pas dibawa ke Surau Al-Ittihad, Kampung Temiang di sini.
「Pemuda umno program di Kg Banjar Teluk Intan」的圖片搜尋結果
Antara program parti pembangkang dilakukan di masjid dan surau di negeri Perak baru-baru ini mendapat bantahan daripada Pergerakan Pemuda Parti Amanah
BH.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang
Otai BERSIH
Dalam masjid pun boleh buat program letak logo parti...haha..Kalau kat orang lain mampuih dok maki jer..!
Ini baru namanya imarah masjid...
Kalau Adun Kerajaan bagi sumbangan dalam masjid walaupun tak bawa masuk logo parti dianggap mempolitikkan masjid.
Imej mungkin mengandungi: 6 orang
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 7 orang
YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan isteri hari ini menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat Langkawi bertempat di Masjid Nurus Salam, Ewa, Langkawi. Dr Mahathir turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim dan asnaf di Kampung Ewa.

Pemuda Amanah kesan program UMNO, Pas salah guna masjid
Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengenal pasti sekurang-kurangnya empat program yang jelas menggunakan nama parti telah dijalankan di masjid dan surau sekitar negeri ini oleh UMNO dan Pas.

Ketua Pemuda Amanah Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, tindakan dua parti berkenaan secara terang melanggar titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah agar masjid dan surau tidak dijadikan pentas permainan politik.

"Penggunaan masjid dan surau dalam aktiviti yang jelas membawa mesej politik kepartian adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan melanggar titah Tuanku Sultan.

"Semasa baginda Sultan menjadi Raja Muda Perak, baginda pernah bertitah bahawa masjid dan surau tidak wajar dijadikan pentas untuk permainan politik, sebaliknya hendaklah menjadi instrumen perpaduan untuk menyatupadukan ummah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Hasnul Zulkarnain empat masjid dan surau yang terlibat terletak di Ayer Tawar, Teluk Intan dan Ipoh di mana program berkenaan dianjurkan oleh UMNO dan Pas.

"Antaranya adalah program yang dianjurkan oleh Wanita UMNO dan Muslimat Pas Lumut di Masjid Terapung Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar dan Masjid Al-Khairiah Kg Banjar, Teluk Intan yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO.

"Surau lain yang digunakan untuk menganjurkan program atas nama parti adalah Surau Klebang Prima yang membawa kain rentang berlogo parti UMNO dan Pas di dalam masjid, dan Surau Al-Ittihad di Kampung Temiang Ipoh yang membawa Timbalan Presiden Pas dalam program tersebut," katanya.

Justeru itu, Hasnul Zulkarnain meminta semua pihak termasuk UMNO dan Pas menjalankan program parti di premis lain pada masa akan datang dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan masjid serta surau berselindung di sebalik program keagamaan.

"Kami juga ingin menasihatkan kepada semua AJK masjid dan surau yang dilantik agar dapat bertindak tegas dalam perkara ini meskipun ada sebahagian cenderung menyokong pasrti-parti tertentu.

"Kami juga menggesa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertindak lebih profesional dalam memantau aktiviti yang dijalankan di masjid dan surau negeri ini yang dijadikan pentas permainan politik," katanya.
SH 25 Mei 2019

Pemimpin 6 parti menghadap Sultan Perak

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah menitahkan pemimpin utama dari enam parti menghadap baginda berhubung isu penggunaan masjid dan surau untuk aktiviti politik di negeri itu.
Mereka yang dipanggil adalah dari Bersatu, Amanah, PKR, DAP, Umno dan PAS, lapor Berita Harian.
Mereka termasuk Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu yang juga pengerusi Bersatu Perak, Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi, Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Penasihat DAP Perak Ngeh Koo Ham yang juga speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).
Di pihak pembangkang, pemimpin yang dipanggil adalah Ketua Perhubungan Umno Perak, Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.
Laporan itu, memetik sumber, berkata semua pemimpin berkenaan menghadap Sultan Nazrin di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada jam 4 petang tadi.
Mereka dipanggil berhubung isu penggunaan masjid dan surau serta kemudahannya dalam aktiviti atau program berunsur kepartian ketika bulan Ramadan, termasuk menggunakan logo parti.
Terdahulu hari ini, ketua Pemuda Amanah Perak, Hasnul Zakarnain Abdul Munaim mendakwa mengesan sekurang-kurangnya empat program menggunakan nama parti pembangkang di masjid dan surau di negeri itu, baru-baru ini.
Malaysiakini.

Subscribe to receive free email updates: