Bila baca cerita pengalaman Zahid Hamidi dalam Malaysiakini, perkara pertama yang terfikir dalam hati ialah : Macam mana dia ni boleh jadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dulu...?
Itu saluran lapan punya sembang... Cerita budak-budak.
Antara lain, Malaysiakini melapurkan : //Selain itu, Zahid juga menceritakan pengalaman ketika bersama mengerjakan umrah bersama pendakwah terkemuka, Allahyarham Harun Din, Najib dan isteri.
"Kebetulan lepas sahur, Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah, Tun Rahah (Ibu Najib), Tun Suhailah (ibu Hishamuddin Hussein), saya dan isteri turun ke dataran kaabah. Beberapa orang wanita Arab bagitahu ada 7 ekor burung tawaf di atas kabah. Ketika itu saya sedang solat hajat. Saya diserbu dari belakang. Kopiah saya terpelanting. Dan orang bertumpu ke kaabah ketika itu. Saya tak tahu kerana tak ada signal tentang lailatulqadar. Tapi dalam sujud terakhir, saya doa berikan aku dan rombongan ku Lailatulqadar. Pagi tu, subuh, hujan dari Mekah ke Madinah sampai banjir. Sebab keganjilan ni bukan tuhan berikan signal, tuhan nak uji siapa kalangan hamba-hamba yang benar-benar taat," kata Zahid.
Zahid berkata beliau pada tahun ini tidak dapat menghabiskan malam terakhir Ramadan di Mekah kerana mahkamah enggan memulangkan pasportnya.
"Ketiga-tiga mahkamah tinggi, rayuan, federal, menolak untuk saya pergi. "Mungkin lailatulqadar bukan hanya di Mekah dan Madinah, tapi di Bangi," katanya.
.
Tanggapan pertama saya ialah mengenai dua kenyataan Zahid tentang Lailatulqadar.
Pertama dia kata : ".... dalam sujud terakhir, saya doa berikan aku dan rombongan ku Lailatulqadar...."
Kemudian kenyataan terakhir dia : "Mungkin lailatulqadar bukan hanya di Mekah dan Madinah, tapi di Bangi..."
Timbul persoalan, Zahid faham ke tidak apa itu malam lailatul qadar...?
Sebelum tu diceritakan konon ada tujuh ekor burung tawaf di atas kaabah... Last sekali dia kata hujan dari Mekah ke Madinah sampai banjir, keganjilan itu bukan tuhan berikan signal, tetapi untuk menguji hambanya yang taat.... apa benda...?
Awang