SPEAKER KENA TEGAS, KALAU TIDAK TEGAS LETAK JAWATAN infomalay12.blogspot.com

SOALAN BODOH YANG TIDAK MENGUNTUNGKAN RAKYAT, MASUK DEWAN BAWA CERITA LAPOK, DENDAM MASIH BERTERUSAN ?
 
SEPATUTNYA LAPOR POLIS DAN TANYALAH POLIS, TAPI NAK BAWA RULE OF LAW !
 
SPEAKER JANGAN LEMAH, KUASA ADA PERLU TEGAS, TAK KIRA SIAPA, KERAJAAN ATAU PEMBANGKANG, ATAU LETAK JAWATAN ! 
 
-Pak Karamu- 
 

Kecoh sebab ‘Pemuda Umno samseng’

AddThis Sharing Buttons

Kecoh sebab ‘Pemuda Umno samseng’
Dewan Rakyat masih lagi kecoh.
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Gara-gara Ramkarpal Singh (Pakatan Harapan-Bukit Gelugor) menyebut Pemuda Umno samseng, Dewan Rakyat terus kecoh.

Meskipun sudah diarahkan Speaker, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof agar menarik balik perkataan itu namun beliau enggan.

Ram sebelumnya menanyakan soalan kepada Datuk Johari Abdul (Pakatan Harapan-Sg Petani) tentang tindakan kerajaan susulan kejadian serangan terhadap bekas wakil rakyat Bukit Gelugor, Karpal Singh yang juga ayahnya pada tahun 2009 ketika sesi perbahasan ucapan Yang Dipertuan Agong.

“Lima hingga 10 samseng Pemuda Umno serang bekas ahli Parlimen Bukit Gelugor yang berkerusi roda. Mana (bekas) Ketua Pemuda Umno? Apa dia buat?

“Sebagai institusi berperlembagaan, adakah kerajaan akan mengambil tindakan ke atas samseng sebab sebelum ini mereka lepas daripada kerajaan BN,” katanya.

Kata-kata itu mengundang rasa kurang senang ahli-ahli Parlimen BN yang menyebabkan Dewan Rakyat terus kecoh yang menuntut Speaker menggunakan peraturan mesyuarat agar Ram menarik balik kata-kata tersebut.

RSN Rayer (Pakatan Harapan-Jelutong) pula bangkit mempertahankan Ram dengan menuntut Datuk Bung Mokhtar (BN-Kinabatangan) turut menarik balik kata-kata samseng yang ditujukan kepada Ram.

Ram juga menafikan menyebut bekas Ketua Pemuda Umno, sebagai samseng.

Speaker akhirnya mengeluarkan arahan agar Ram menarik balik perkataan itu.

“Saya perlu menyatakan di sini bahawa saya berpendapat dan saya masih pegang pada pendapat saya tersebut bahawa ahli-ahli Pemuda Umno bukan ketuanya yang masuk ke Dewan Rakyat menyerang Karpal memang samseng.

“Saya menyatakan hakikat. Apakah kita tak boleh terima hakikat? Saya minta maaf, saya tak dapat tarik balik perkataan tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, Speaker mengumumkan memberi amaran kepada Ram.

Ahli Dewan Rakyat BN mempertikaikan keputusan itu susulan Peraturan Mesyuarat menetapkan mana-mana ahli yang igkar arahan Speaker sepatutnya diperintahkan keluar bukan hanya diberi amaran.

Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) menegaskan sepanjang menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat sebelum ini, peraturan tersebut tetap sama dan tidak pernah berubah.
Ketegangan itu berlangsung hampir sejam hingga waktu rehat.

Subscribe to receive free email updates: