Betapa hebatnya apabila hari ini, 'Menteri Pintu Belakang', Liew Chin Tong dari DAP, yang dilantik menjadi Senator dan kemudiannya diangkat menjadi Timbalan Menteri Pertahanan, mendapat perbarisan hormat daripada Rejimen Askar Melayu Di Raja.
Istilah 'Menteri Pintu Belakang' diberikan sendiri oleh Liew Chin Tong ketika membuat kritikan kepada penasihat-penasihat mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Baca Roketkini, di sini. Kata beliau,
Jawatan-jawatan Penasihat kepada Perdana Menteri yang bertaraf menteri dan diberikan gaji yang lebih tinggi daripada menteri adalah salah dari segi amalan Kerajaan Kabinet. Semua Penasihat-penasihat bertaraf “menteri pintu belakang” sepatutnya digugurkan jawatan.
Ketua DAP Johor juga pernah memperlekehkan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon yang dilantik sebagai senator dan seterusnya Timbalan Menteri meskipun tidak bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) 2013. Liew Chin Tong malah malah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak wujud 'parlimen pintu belakang' yang membolehkan pelantikan itu.
Kalau tulisan Liew Chin Tong, beliau sepatutnya digugurkan jawatan atau meletak jawatan secara sukarela. Apa jadi dengan pendirian itu sekarang? Liew Chin Tong perlu menjelaskan parlimen pintu belakang mana yang dia wakili. Dia tidak boleh suka hati tukar pendirian. Untuk rekod, Liew Chin Tong tewas kepada Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong untuk kerusi Parlimen Ayer Hitam pada PRU14.