Pakatan Harapan (PH) mendakwa terdapat cubaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengubah prosedur pilihan raya yang memungkinkan menyukarkan kelancaran jentera pilihan raya parti-parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Bagi memastikan prosedur itu tidak dilaksanakan oleh SPR, Majlis Presiden PH dalam mesyuarat hari ini, sebulat suara bersetuju untuk menghantar surat bantahan kepada Pengerusi SPR untuk memaklumkan penolakan cadangan yang diutarakan dalam taklimat diadakan SPR kepada pimpinan parti politik yang telah diadakan seluruh negeri sejak dua minggu lalu.
Walaupun penukaran sebarang prosedur oleh SPR tiada kaitan dengan perundangan, tetapi desakan untuk SPR kembali kepada kelaziman tiap kali menjelangnya pilihan raya diadakan di negara ini, tanpa perlu menukar sebarang prosedur yang didakwa akan menguntungkan Umno-BN kelak.

“Semua ini (pertukaran prosedur) tidak diberitahu secara bertulis oleh SPR untuk parti dan calon buat persediaan…ini cara mereka untuk menyebabkan kita tidak dapat buat persediaan.
“Kita akan bantah peraturan sebegini.” ujarnya.
Beliau bercakap demikian dalam sidang media diadakan selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang diadakan di Bilik Ketua Pembangkang di Bangunan Parlimen hari ini.
Turut hadir Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, barisan Timbalan Presiden PH dan pimpinan parti dalam gabungan PH.
Setiausaha Majlis Presiden PH Datuk Saifuddin Abdullah menerangkan, menerusi taklimat SPR yang diadakan dikalangan pimpinan politik dan parti mendapati terdapat cubaan SPR untuk mengubah dua prosedur lazim dilaksanakan sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>