

Pas bertelingkah calon MB Selangor, Khalid tak bertanding PRU 14
Tan Sri Khalid Ibrahim meminta pemimpin PAS Selangor tidak bertelingkah kerana tawaran bertanding atas tiket parti Islamis itu.
Bekas menteri besar itu sekali lagi menegaskan beliau tidak mahu bertanding pada pilihan raya umum ke-14.
“Ada laporan mengatakan terdapat pemimpin PAS Selangor protes tentang tawaran yang dibuat kepada saya.
“Tidak perlulah mereka bertelingkah dan berasa gusar tentang perkara itu kerana sudah saya nyatakan saya tidak akan bertanding pada PRU14,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Khalid menjelaskan sokongannya kepada PAS bukan untuk status atau jawatan sebaliknya hanya mahu melakukan amal.
“Pencapaian saya setakat ini Alhamdulillah, saya amat bersyukur dan tiada keperluan untuk menambah apa-apa lagi. Sekarang ini saya hanya mahu melakukan amal demi pembangunan ummah dan negara.
“Sebab itulah saya menyokong PAS kerana ia sebuah parti yang berasaskan kebajikan dan membuat kebaikan tanpa rasa takut dan tanpa mengharapkan balasan,” katanya.
Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata PAS Selangor sedia beri laluan kepada Khalid bertanding tanpa sebarang syarat sekiranya Khalid bersedia.
Sallehen berkata kesediaan itu kerana pihaknya mengambil kira hubungan baik antara Khalid dan parti Islamis itu.
“Kita beri tawaran itu pertama sekali kerana kita ada sejarah antara dia dan Pas sebelum ini, malah cara urus tadbir yang dia tunjukkan sepanjang jadi menteri besar sangat baik.
“Saya rasa rakyat Selangor sendiri pun ada satu keserasian dengan cara dia mengurus yang telus, berintegriti,” katanya Sallehen.
Ketika PKR cuba menyingkir Khalid sebagai menteri besar untuk membuka laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, PAS mengekalkan korum supaya proses pentadbiran berjalan seperti biasa sehingga Khalid meletak jawatan pada Ogos 2014.
Sejak itu, Khalid dilihat mesra dengan parti Islamis itu.
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR
Related Posts :
Kita perlu halang cubaan Daim jatuhkan Anwar, kata pemimpin pro-Rafizi infomalay12.blogspot.com Seorang pemimpin PKR mendakwa Tun Daim Zainuddin yang mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan, antara pihak cuba menghalang Datuk Seri Anwar I… Read More...
MENJELANG 100 HARI: TERBUKTI PH KERAJAAN 'KAKISTOCRACY' infomalay12.blogspot.com Menjelang 100 hari pentadbiran kerajaan baru Pakatan Harapan (PH), ternyata janji-janji yang mereka laungkan dalam kempen Pilihan Raya… Read More...
[BUBAR CEP] Saya tak pernah kata CEP hanya 100 hari - Tun Mahathir infomalay12.blogspot.com Tun Mahathir berkata berkata, khidmat mereka diperlukan bagi menyelesaikan kesemua isu berkaitan walaupun sudah melebihi tempoh 100 h… Read More...
Betulkah 71% Rakyat Malaysia Yakin Dengan Kepimpinan Tun Dr Mahathir? Bukan 7.1% Atau 0.71%? infomalay12.blogspot.com Astro Awani berlebih-lebihan (exaggerate) apabila melaporkan 71% Rakyat Malaysia yakin dengan kepimpinan Tun Dr Mahathir. Laporan Astro A… Read More...
MENJELANG 100 HARI: TERBUKTI PH KERAJAAN 'KAKISTOCRACY' infomalay12.blogspot.com Menjelang 100 hari pentadbiran kerajaan baru Pakatan Harapan (PH), ternyata janji-janji yang mereka laungkan dalam kempen Pilihan Raya… Read More...