Pemenjaraan Rafizi hantar mesej salah, kata Wan Azizah infomalay12.blogspot.com


Sabitan bersalah dan hukuman penjara 30 bulan terhadap ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli dan bekas kerani bank Johari Mohamad semalam, disifatkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ‘mesej salah’ kepada rakyat dan dunia khususnya berhubung pemberi maklumat (whistleblower).
Pemenjaraan Rafizi hantar mesej salah, kata Wan AzizahBeliau berkata, Rafizi beberapa tahun lalu telah menggemparkan negara dengan maklumat salah laku dan penyelewengan wang rakyat melalui projek National Feedlot Corporation (NFC).
Namun, hingga kini, belum ada sebarang sabitan atau hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan skandal besar itu.
“Ini adalah satu hipokrasi, di mana mereka yang berjuang demi rakyat dan keadilan dizalimi. Manakala mereka yang menghabiskan wang rakyat terus bebas dan langsung tidak dikenakan apa-apa tindakan.
“Rakyat sedang memerhati dan menilai tindak-tanduk pemerintah. Keputusan terhadap Rafizi dan Johari ini adalah satu kezaliman yang nyata.
“Kita perlukan lebih ramai rakyat Malaysia untuk berani bangkit bersama dalam perjuangan melawan kezaliman dan menegakkan keadilan buat Rafizi, Johari dan semua yang dizalimi di bumi tercinta ini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Semalam Rafizi dijatuhi hukuman penjara 30 bulan selepas didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) enam tahun lalu.
Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli parlimen sehingga proses rayuan selesai sepenuhnya.
Hakim Zamri Bakar turut menjatuhkan hukuman sama terhadap bekas kerani bank, Johari Mohamad selepas didapati bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi .
Rafizi, 41, didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama, membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Subscribe to receive free email updates: