Tuntutan Perjalanan Bagi Tujuan Perubatan Ahli Keluarga Penjawat Awam infomalay12.blogspot.com

Seseorang penjawat awam layak membuat tuntutan perjalanan bagi mendapatkan rawatan perubatan ahli keluarga masing-masing.

Laman web Jabatan Perkhidmatan Awam menyediakan FAQ sebagai penjelasan untuk kefahaman semua.

1. SIAPA YANG LAYAK POHON?

Pesara Awam Persekutuan, ahli keluarga yang layak iaitu suami/ isteri dan anak yang berumur dibawah 18 tahun atau yang masih bersekolah dibawah umur 21 tahun atau anak-anak daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani.

2. ADAKAH PESARA PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN LAYAK MEMOHON PERBELANJAAN BAGI KEMUDAHAN PERUBATAN?

Peraturan permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan kepada pesara & ahli tanggungan yang layak adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 berkuatkuasa 1/11/2009. Walau bagaimanapun, pemakaian pekeliling tersebut kepada Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan adalah tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

3. APAKAH KEMUDAHAN PERUBATAN YANG BOLEH DITUNTUT OLEH PESARA AWAM PERSEKUTUAN?

Pembekalan ubat, pembekalan alat perubatan, rawatan buah pinggang, rawatan kepakaran di hospital swasta, rawatan kecemasan di hospital swasta, rawatan kemandulan, rawatan di IJN dan rawatan di luar negeri.

4. BAGAIMANAKAH TUNTUTAN PERBELANJAAN BAGI PEMBEKALAN UBAT / PERALATAN PERUBATAN BOLEH DIBUAT?

Pesara perlu mendapatkan rawatan dan kemudahan perubatan di hospital/klinik kerajaan dan mendapat perakuan/pengesahan oleh Pegawai/ Pakar Peruabatan. Borang yang perlu diisi ialah Borang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya).

5. APAKAH KELAYAKAN TUNTUTAN PERJALANAN BAGI TUJUAN MENDAPATKAN RAWATAN?

Sekiranya seseorang pegawai perubatan tempatan mengesahkan bahawa seseorang Pesara itu atau keluarganya perlu mendapat rawatan dari pegawai-pegawai perubatan di tempat lain, maka dia atau keluarganya boleh menuntut elaun-elaun yang layak dituntut oleh pegawai yang sedang berkhidmat kerana menjalankan tugas rasmi seolah-olah dia atau keluarganya di dalam perjalanan kerana urusan rasmi.

RUJUKAN:


Muat Turun:



loading...

Subscribe to receive free email updates: