Secara Tiba-Tiba @TonyPua Menjadi Hero Mempertahankan @MydinMalaysia Dan @ameermydin infomalay12.blogspot.com


Secara tiba-tiba, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, menjadi hero mempertahankan pemilik Mydin Hypermarket, Datuk Ameer Ali Mydin. Beliau hari ini mempertahankan kenyataan yang dibuat Ameer Mydin sebelum ini yang mengatakan bahawa Rakyat Malaysia tidak mempunyai wang untuk berbelanja runcit. Tony Pua dipetik The Malays Mail Online, baca di sini, berkata,
Sekiranya hypermarket murah seperti Mydin menghadapi permintaan pengguna yang berkurangan, di manakah Menteri menjangkakan Rakyat Malaysia boleh membeli barang-barang harian mereka? Adakah beliau fikir Rakyat Malaysia akan pergi ke luar negara untuk membeli barangan runcit?
Setiausaha Publisiti DAP juga merupakan seorang pelupa. Beliau sebelum ini pernah mendakwa Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak lebih mengutamakan keuntungan Mydin berbanding kualiti dan keselamatan produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang dijual kepada Rakyat Malaysia berpendapatan rendah. Tony Pua pernah mendakwa bahawa Susu Segar 1Malaysia telah mengandungi bakteria E Coli yang merupakan punca kepada keracunan makanan boleh membawa kepada kematian.

Semasa Mydin mendapat kontrak dengan Kerajaan untuk melaksanakan KR1M, beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Mydin dan juga Kerajaan. Sekarang apabila Ameer Mydin membuat kenyataan yang menentang Kerajaan, pastinya apa sahaja yang dikatakan oleh Ameer Maidin adalah benar di mata Tony Pua, semata-mata benar, 'the whole truth, nothing but the truth.' Lawaklah pemimpin DAP ini.

Subscribe to receive free email updates: