@RafiziRamli Kantoikan Rafizi Ramli, Sehari Si Sotong Tidak Berbohong Tidak Sah infomalay12.blogspot.com


Semalam, setelah dibelasah dengan teruk oleh netizen kerana membongkarkan akaun Bank kepada umum tanpa melaporkan kepada pihak berkuasa dan bersalah di bawah kesalahan Akta BAFIA 1983, Rafizi Ramli membuat satu lagi pembohongan.

Beliau di dalam laman sosial Twitter menulis mengatakan beliau telah membuat laporan polis. Dalam testimoni beliau di mahkamah, Rafizi Ramli memberitahu selepas mendapat maklumat mengenai akaun bank National Feedlot Corporation(NFC), beliau terus mendedahkan di sidang media.

Si sotong ini mahu tipu siapa sebenarnya?

Kedua, Rafizi Ramli mendakwa Peguam Negara telah menarik balik dakwaan pecah amanah ke atas DS Salleh, Pengerusi Eksekutif NFC. Ini pun Rafizi kantoi berbohong.

DS Salleh sememangnya didakwa di mahkamah atas tuduhan pecah amanah tetapi mahkamah mendapati beliau tidak bersalah. Adoiii ... bohong lagi? Malah Rafizi Ramli pernah menulis di dalam blognya sebelum ini mengenai Pengerusi Eksekutif NFC didapati tidak bersalah seperti di bawah.

Rafizi Ramli dan bohong berpisah tiada.

Subscribe to receive free email updates: