PESERTA BERSYUKUR DIPILIH TUNAI HAJI TAJAAN 1MDB infomalay12.blogspot.com





Putrajaya – Program Khas Haji Perdana Menteri tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini memasuki tahun kelapan penganjurannya dengan membabitkan seramai 1,200 peserta dalam musim haji tahun ini.

Bermula dengan hanya seramai 111 jemaah haji pada tahun 2011, program berkenaan sehingga kini telah berjaya membawa seramai 5,711 orang jemaah yang terdiri daripada imam, bilal, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Ke­selamatan Kampung (JKKK) me­nunaikan ibadah haji.

Pengerusi JKKK Kampung Alor Selising, Jerteh, Terengganu, Mo­hd. Zakaria, 62, berkata, beliau berasa amat terharu apabila mendapat panggilan untuk ibadah haji tahun ini menerusi Program Khas Haji Perdana Menteri.

“Saya tidak terfikir yang akhir­nya saya dapat menunaikan haji dan saya juga menangis apabila saya ceritakannya kepada anak-anak, saya sangat bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin Terengganu,” katanya.

Beliau ditemui sele­pas majlis penyampaian surat tawaran haji oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada 1,200 peserta Program Khas Haji Perdana Menteri tajaan Yayasan 1MDB di Masjid Putra di sini, semalam.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Setiausa­ha Perbendaharaan yang juga Pengerusi 1MDB, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah; Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim serta Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria.

Dalam pada itu, bagi Pengerusi JKKK Kampung Jawa Ulu, Pontian, Johor, Nordin Ali, 62, berkata, beliau me­lahirkan ke­syukuran terhadap keprihatinan Perdana Menteri dalam menghargai jasa dan pengorbanan para pemimpin di peringkat akar umbi.

“Saya sebenarnya amat terkejut, sebab kalau mengikut giliran dengan Tabung Haji, saya hanya dapat pergi menunaikan pada tahun 2036 dan mungkin pada masa itu saya sudah terlalu uzur, saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi peluang ini kepada saya,” katanya.


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :