Orang Asli: Kerajaan tak tahu apa isu sebenarnya, sembang MB Kelantan infomalay12.blogspot.com

Kerajaan negeri menunggu laporan Jabatan Perhutanan mengenai sekatan laluan pembalakan di Gua Musang.
orang-asli--gua-musangKerajaan Kelantan belum mendapat maklumat terperinci mengenai sekatan laluan pembalakan yang dilakukan sekumpulan Orang Asli di Gua Musang, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata Jabatan Perhutanan Kelantan sudah diminta menyediakan laporan tersebut yang dijangka diserahkan kepada kerajaan negeri dalam tempoh terdekat untuk tindakan lanjut.
“Kita sebenarnya tidak tahu apa isu sebenarnya yang dibangkitkan oleh kumpulan Orang Asli terbabit, apapun kita tunggu laporan daripada Jabatan Perhutanan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Perempuan hari ini.
Sejak seminggu lalu, sekumpulan penduduk kaum Orang Asli membina sekatan bagi menghalang laluan lori mengangkut balak dari kawasan hutan Pos Simpor sebagai bantahan terhadap aktiviti pembalakan yang didakwa memusnahkan hutan dan mencemarkan sungai.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Datuk Zahari Ibrahim berkata pihaknya akan melakukan kajian dan pemantauan mengenai dakwaan penduduk Orang Asli berkaitan pencemaran sungai akibat aktiviti pembalakan.
Katanya pelbagai dakwaan dibuat oleh golongan terbabit termasuk penggondolan yang memusnahkan ekosistem di kawasan mereka.
“Justeru, dalam tempoh pemantauan dan kajian dilakukan kira-kira 2 minggu, kita tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka selagi hasil kajian belum diperoleh,” katanya.
Beliau berkata kajian dan pemantauan itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar dan agensi penguat kuasa lain yang berkaitan dan laporannya akan dibentangkan kepada kerajaan negeri untuk tindakan lanjut.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :