Kerajaan PH Akui Menipu Di Dalam Penyediaan Buku Manifesto Pakatan Harapan? infomalay12.blogspot.com


KERAjaan Pakatan Harapan akhirnya mengaku main hentam keromo semasa penyediaan manifesto dengan janji bulan dan bintang. 

Ini diakui sendiri oleh Timbalan Pengarah Strategik Dan Dasar parti Bersatu, Wan Saiful Wan jan. Baca di sini. Katanya,
Sebenarnya pada waktu saya menulis, saya sentiasa sedar bahawa ada satu kelemahan yang amat ketara yang saya hadapi iaitu saya tidak ada, pada waktu itu, data terkini mengenai status kewangan negara. 
Maka saya tidak dapat membuat anggaran berapa kos sebenar yang perlu dibayar untuk melaksanakan program-program yang saya sendiri tuliskan.
Sekarang mereka dengan secara terbuka mengatakan bahawa janji-janji  dalam buku berkenaan tidak boleh dilaksanakan sebab tidak logik dan merosakkan negara. 

Dari dulu lagi DS Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) telah mengingatkan yang Pakatan Harapan menipu Rakyat dengan Harapan Palsu. Namun, Rakyat tidak mahu dengar. Alasan macai Tomato, asalkan Najib dan BN tumbang.

Patutlah Perdana Menteri berdalih dengan katanya, manifesto bukanlah Bible sebaliknya hanya panduan sahaja. Saya lebih suka kata-kata bekas pemimpin DAP, Shamsher Singh Thind. Katanya, 
Manifesto bukan Bible tetapi majalah Playboy. Boleh tengok dan gembira tetapi tidak boleh dapat.


Kesimpulannya, terimalah kebenaran yang pahit ini dan tanggunglah penipuan selama 5 tahun lagi. Satu pertanyaan kepada macai Tomato, bagaimana perasaan kena kencing?

Subscribe to receive free email updates: