Keretakan hubungan antara Perdana MenterI Pertama Tunku Abdul Rahman dengan Tun Mahathir ialah kerana perbezaan nilai kuasa orang China ke atas negara yang berketuanan Melayu. Tunku berpegang kepada keyakinan biar orang China berniaga dan orang Melayu menjadi raja buat selamanya.
Keyakinan Tunku ini berasaskan kuasa tentera dan polis tetapi Mahathir berpandangan orang Melayu tidak berkuasa tanpa penguasaan ke atas ekonomi.
Walaupun beliau disenangi oleh bukan Melayu dengan sikap liberal dan demokratiknya tetapi keyakinan tersembunyi Tunku terserlah dalam masa pergaduhan kaum 13 Mei 1969 yang boleh dibaca maksudnya dalam The Reluctant Politician oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman (muka 191).
Tunku telah memanggil mesyuarat beberapa orang Menteri Kanan Kabinet yang disertai juga oleh bukan Menteri Kabinet iaitu Tun Ismail dan Hussein Onn, Panglima Angkatan Tentera General Ibrahim Ismail dan Ketua Polis Negara.
Dalam mesyuarat ini Tunku menyatakan hasratnya supaya tentera mengambil alih pemerintahan negara tetapi General Ibrahim sendiri sebagai Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia tidak bersetuju. Katanya ” If you do that I cannot guarantee (That I will) be able to hold back the members of the Armed Forces and officers who might take over control of Goverment”.(lihat muka 191)
Orang yang menyekat Tunku daripada menyerahkan kuasa kepada tentera ialah Tun Ismail yang memberi ingatan kepada Tunku “Once you do that you won’t get it back( The Star2 Ogos 2004) sebaliknya beberapa hari kemudian Majlis Tindakan Negara ditubuhkan dengan Tun Razak sebagai pengarahnya untuk menenang keadaan dan membawa kembali negara kepada demokrasi.
Mendiang Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura sendiri pernah menyatakan bahawa Malaysia tidak akan jatuh ketangan pembangkang dalam suatu jangka masa yang panjang.
UMNO sekarang menakutkan orang Melayu tentang kuasa Melayu akan hilang sekiraya Pakatan Harapan berkuasa kerana kemungkinan DAP akan memenangi kerusi terbanyak. Mereka menjadikan DAP sebagai fobia kepada orang Melayu.
Mahathir tidak mengganggu FELDA warisan suci dan agung hasil sosialmobility yang dicipta dan dijayakan oleh Tun Abdul Razak tetapi telah diporakperandakan oleh tangan anaknya sendiri. Mahathir sebaliknya mengeksploitasi tenaga profesional Melayu yang dihasilkan oleh DEB termasuk dari Felda.
UMNO seolah-olah tidak menyedari bahawa prinsip-prinsip ketuanan Melayu banyak yang terhapus dengan MCA dan Gerakan menjadi duri dalam daging yang memaksa UMNO bertolak ansur terutama dari segi Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Melihat akibat tolak ansur ini, Mahathir memberontak malah meminta MCA dikeluarkan dari Perikatan selepas peristiwa 13 Mei tetapi tidak berjaya dan Mahathir disingkirkan kerana menderhaka pada Tunku.
Sekiranya UMNO tetap tegas pada prinsip asal, maka tidak akan ada sekolah Cina peringkat menengah hingga ke Universiti di negara ini. Sekolah-sekolah Tamil ditutup tetapi sekolah Cina berkembang kerana pemimpin UMNO terlupa hakikat orang Cina mempunyai kekuatan kewangan. Nasi sudah menjadi bubur.
Ini membuktikan kebenaran Mahathir, Melayu tidak berkuasa tanpa menguasai ekonomi.
Apabila Mahathir mengambil alih kuasa, beliau melonjakkan lagi nasionalisme ekonomi yang dihasilkan oleh Dasar DEB Tun Abdul Razak dengan memindahkan peluang-peluang ekonomi kepada orang Melayu terutama kontrak-kontrak besar kerajaan kepada orang Melayu.
Read More / Baca Lagi >>