KUALA LUMPUR 7 Feb. - Kementerian Pendidikan meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan sebarang spekulasi berhubung kematian seorang pelajar Tingkatan Dua, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist Nibong Tebal, Pulau Pinang yang membunuh diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit iPhone 6 gurunya.
Timbalan Menterinya, Datuk Chong Sin Woon berkata, tindakan netizen yang mengambil undang-undang di tangan sendiri dengan menyebarkan spekulasi tidak berasas adalah sama sekali tidak adil kepada guru dan ibu bapa mangsa.
Perkara itu katanya, hanya akan mengeruhkan keadaan dan menyukarkan siasatan polis.
“Saya memberi jaminan bahawa Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya guru berkenaan bersalah.
“Namun sehingga sekarang kita masih menunggu laporan penuh daripada polis,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Pendidikan China-Malaysia, ASEAN di ibu pejabat MCA di sini hari ini.
Sin Woon bagaimanapun enggan mendedahkan laporan awal terhadap guru berkenaan.
Mangsa, M. Vasanthapiriya, 13, meninggal dunia pada Khamis lalu di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang selepas seminggu berada dalam keadaan koma.
Sumber- UTUSAN ONLINE

loading...