Apabila Husam pertahan Kelantan infomalay12.blogspot.com

Veteran PAS, Subky Latif memuji tindakan Datuk Husam Musa yang menurutnya membela Kelantan daripada ditempelak Datuk Seri Najib Razak.
Beliau merujuk kenyataan naib presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) yang menyifatkan perdana menteri membuli Kelantan dengan mengungkit peruntukan kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri di khalayak ramai.
Ia selepas Najib dalam satu majlis di Kota Bharu dilaporkan berkata, kerajaan Kelantan tidak akan mampu membayar gaji kakitangannya jika tidak kerana dana daripada kerajaan persekutuan.
Bagi Subky, kenyataan Husam itu sangat tepat dan patut dipuji parti lamanya sendiri.
"Husam bukan lagi sebahagian daripada kerajaan negeri, bahkan parti yang memerintah iaitu PAS. Atas sifatnya sebagai rakyat Kelantan, (beliau) tidak dapat membiarkan negerinya ditempelak perdana menteri.
"Husam telah beri jawapan yang tepat seperti yang PAS patut buat...PAS patut suka dengan apa yang dia (Husam) kata itu," katanya (gambar) dalam rencana yang disiarkan di Harakahdaily, 2 Februari lalu.

Najib juga membandingkan peruntukan persekutuan kepada negeri itu sejak 2006, iaitu berjumlah RM14.69 bilion, yang lebih tinggi berbanding 22 tahun pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu sebanyak RM12.7 bilion.
Husam yang merupakan bekas naib presiden PAS berkata, sudah menjadi tanggungjawab persekutuan untuk membantu negeri, seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Nafkah wajib tak perlu diungkit. Kalau nak ungkit, ungkit masa MB Kelantan datang jumpa tambah peruntukan. Bukan depan rakyat jelata kerana nak malukan MB dan Kerajaan Pas Kelantan," kata Husam.

Subky berkata bukan saja Husam, malah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed juga patut tersinggung dengan kenyataan Najib.
Katanya, kenyataan Najib telah menyinggung kenyataan rakyat Kelantan, termasuk yang tidak menyokong PAS, maka selaku pemimpin negeri Mustapa perlu menyusuli langkah Husam.
PAS dan Husam
Subky yang juga bekas anggota jawatankuasa pusat PAS bahkan menyifatkan Husam sebagai pemimpin "berfikiran geliga" yang pernah ada dalam parti itu.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :