Ismail (tengah) mengumumkan tawaran Harapan Negeri Sembilan.
SEREMBAN - Mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua penggal merupakan salah satu daripada 10 dasar tumpuan Pakatan Harapan (Harapan) Negeri Sembilan.
Demikian intipati tawaran yang diumumkan Pengarah Manifesto dan Mobilisasi Harapan negeri, Ismail Ahmad di Konvensyen Harapan Negeri Sembilan kali kedua di Wisma City Kingdom, di sini, sebentar tadi.
Dasar tumpuan seterusnya, kata beliau, adalah memberi keutamaan terhadap pembinaan infrastruktur awam di wilayah Negeri Sembilan Timur.
"Ketiga, menggandakan peruntukan tahunan untuk hal ehwal agama Islam kepada RM15 juta dan memperkenalkan peruntukan kepada badan agama bukan Islam.
"Keempat, merancakkan sektor pertanian serta hiliran sebagai pemangkin pembangunan dan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.
"Kelima, mewujudkan peruntukan khas sebanyak RM500,000 bagi memperkasakan hal ehwal Adat Perpatih," katanya.
Menurut Ismail, usaha untuk menjadikan industri pelancongan sebagai teras pembangunan ekonomi negeri ini turut menjadi tumpuan.
"Selain itu, Harapan tidak akan menaikkan cukai tanah dan cukai pintu selama lima tahun.
"Skim sewa beli rumah mampu milik untuk rakyat yang kurang berkemampuan juga akan diperkenalkan," katanya.
Tidak cukup dengan itu, kata beliau, Harapan turut menawarkan bantuan kebajikan tahunan sebanyak RM200 kepada ibu tunggal.
"Bantuan tambang bas sebanyak RM500 pula akan diberikan kepada murid dari keluarga miskin, termasuk perkhidmatan bas percuma di setiap daerah.
"Pada masa sama, skrin mega LED akan disediakan di setiap daerah untuk menyaksikan siaran sukan dan bola sepak," katanya.