Apa Jawapan Tun Dr @chedetofficial Bila @LimKitSiang Ajak Berdebat Tahun 2013? infomalay12.blogspot.com



Macai-macai ProTun memang suka lupa sejarah. Mungkin sebab IQ serendah 41 atau mungkin kebanyakan dari mereka masih dalam bentuk sperma semasa Tun Dr Mahathir memerintah selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri. Hari ini mereka menyalak mengatakan DS Najib Tun Razak sebagai pengecut dan takut untuk berdebat dengan 'Top Dog' Pakatan Haram.

Kita imbas kembali apa yang berlaku pada tahun 2013 semasa Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang mencabar Tun Dr Mahathir berdebat dalam beberapa siri debat. Apa jawaban Tun Dr Mahathir pada masa itu?  'Ini kerja taraf budak-budak sekolah sahaja dan tidak perlu dilayan.'

Persoalan penting yang harus dihadam oleh penganut-penganut 'Top Dog' adalah perlukah Perdana Menteri semasa, DS Najib Tun Razak melayan cabaran budak sekolah dari Tun Dr Mahathir? Kerap kali saya berkata, Tun Dr Mahathir semenjak tiada kuasa sahaja beliau sibuk untuk berdebat. Cuba ajak beliau berdebat semasa beliau berkuasa dahulu. Tidak disumbat ke Penjara Kemunting di bawah Akta ISA sudah cukup baik. Sembanglah 'Top Dog'.

Subscribe to receive free email updates: