Sebanyak tiga puluh dua kru kapal tangki dilaporkan hilang selepas bertembung dengan kapal kargo di Laut China Timur.
Kementerian Pengangkutan China membuat kenyataan bahawa kapal tangki Sanchi yang didaftar di Panama bertembung dengan CF Krystal yang didaftar di Hong Kong, kira-kira 160 batu nautika dari pantai Shanghai, petang Sabtu lalu.
Seramai 30 orang warga Iran dan dua warga Bangladesh terlibat dalam kejadian itu.
Bagaimanapun, kru kapal CF Crystal yang kesemuanya warga China berjaya diselamatkan.
Menurut Kementerian Pengangkutan, Sanchi membawa muatan 136,000 tan minyak mentah dari Iran ke Korea Selatan manakala CF Crystal membawa muatan 64,000 tan bijirin dari Amerika Syarikat ke Guangdong, China.
Kementerian Pengangkutan berkata, kapal tanki Sachi terapung dan terbakar menyebabkan tumpahan minyak dan mereka berusaha menghantar bantuan.
“Kita menghantar empat kapal penyelamat dan tiga bot pembersihan ke tempat kejadian pada 9 pagi (waktu tempatan).” kata kementerian itu.
Korea Selatan turut menghantar kapal dan helikopter ke tempat kejadian untuk membantu menyelamat. Sumber: Metro Harian , Editor:Farhana