TANAH FELDA HILANG: TAN SRI ISA SAMAD DAH BALIK MALAYSIA,POLIS MASIH TUNGGU ISA SAMAD BALIK MALAYSIA. infomalay12.blogspot.com

1. Saya terkejut apabila membaca kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang menyatakan Polis akan siasat isu kehilangan tanah FELDA dan akan panggil Tan Sri Isa apabila Isa Samad tiba di tanahair dari luar negara dengan menjelaskan bahawa Isa Samad masih di luar nagara ,kata Tmbalan KPN pada Sabtu 23 Dis 2017 selepas merasmikan Program Kayuhan Amal Anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Queensbay, Bayan Baru Pulau Pinang.

2. Berikutan dari kenyataan Timbalan KPN itu,ada dua perkara yang pelik yang tidak sepatutnya keluar dari mulut pegawai tertinggi PDRM,pertama pihak polis nak tunggu Isa Samad bali seolah-olah Isa Samad masih diluar negara pada hari kenyataan itu dibuat,sedangkan pada  hari Jumaat Isa Samad sudah pun sampai ke Malaysia.

Merujuk laporan yang disiarkan oleh Berita Harian Online, Isa Samad tak mahu melayan media apabila mengetahui media menunggu beliau di KLIA pada hari Jumaat 22 Des 2017 untuk mendapatkan kenyataan berkenaan isu kehilangan tanah hak milik FELDA.

Amat mustahil sekiranya polis tidak tahu pergerakan Isa Samad dan tarikh kepulangan Isa Samad tiba di Malaysia bilamana timbulnya isu ini.

Amat pelik serta mengelirukan bagaimana media boleh menghidu ketibaan Isa Samad di KLIA tetapi polis tak nampak.Ilmu ghaib apa yang Isa Samad pakai selain saiz tubuhnya yang kecik hingga hanya polis sahaja yang tidak nampak beliau.

Jika orang biasa selain Isa Samad, saya percaya pihak polis akan menahan semasa di lapangan terbang KLIA sejurus keluar dari pesawat atau adakah Isa Samad telah ke luar negara semula.

3. Kepelekan kedua dari kenyataan Timbalan KPN bilamana beliau berkata kemungkinan Isa Samad di panggil untuk beri keterangan juga sesuatu yang amat pelik,ini juga membawa maksud kemungkinan Isa Samad tidak di panggil.

Adakah dalam kes tanah FELDA yang berlaku semasa Isa Samad jadi Pengurusi FELDA boleh tak di panggil Isa Samad untuk beri keterangan pada pihak polis.

Pada saya polis tidak sepatutnya menyebut kemungkinan Isa Samad dipanggi. Memang sepatutnya pun Isa Samad mesti dipanggil untuk siasatan polis,bukan kemungkinan dipanggil yang boleh jadi tidak dipanggil.

4. Apakah Isa Samad masih lagi berada dalam negara atau apakah ada agenda lain dan siapa yang cuba  lindungi Isa Samad..Jawapannya kena tanya MO1.

#FeldaHilangTanah
#MedianampakPolisTakNampakIsa
#PelekBinAjaib
#FeldaAirmataPeneroka

Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :