Rupa-rupanya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz juga ada drama dan lakonannya yang tersendiri.
Bercakap dari Jerman, Nazri berkata, pembatalan sistem IMAMS adalah disebabkan salah faham di kalangan pegawai kementeriannya sendiri dan apa yang dilaksanakan sekarang bukanlah seperti apa yang dimahukannya.
Pembatalan IMAMS juga tambahnya, tiada kaitan dengan adanya individu bukan Islam dalam syarikat yang menguruskan sistem umrah tersebut.
Saya beritahu Parlimen semasa penggulungan bajet bahawa bayaran untuk sistem itu sepatutnya RM40, termasuk pemprosesan dan insuran, bukannya RM90.
Saya memutuskan untuk membatalkannya kerana tidak setuju dengan caj RM90 dan ia diumumkan sebagai wajib. Itu saja, ujar Nazri lagi.
Video rakaman jawapan Nazri di Parlimen boleh ditonton di sini - https://youtu.be/2AvbuxUITnc
Kenapa dalam rakaman video di Parlimen itu, Nazri hanya sebut angka RM90.10 dan bukannya RM40?
Di mana dalam rakaman itu ada dinyatakan Nazri tidak setuju dengan caj RM90.10 dan hanya mahukan bayaran RM40 sebagaimana yang dinyatakannya hari ini daripada Jerman?
Bolehkah bercakap di Parlimen berbeza dengan di Jerman?
Siapakah yang Nazri maksudkan mereka yang salah faham dengan kehendaknya di kementerian yang diterajuinya itu?
Sama seperti pertanyaan kepada Najib dan Mas Ermieyati sebelum ini, wayang dan lakonan apa ni, Nazri?
Orang salah faham terhadapnya atau Nazri sendiri yang tak faham?
Kerajaan jenis apakah dengan pemimpin-pemimpinnya berperangai sebegini rupa?