Umno diharamkan, S46 dan PKR di zaman Dr M, kata PAS infomalay12.blogspot.com

PAS tidak pernah lupa peristiwa pertelingkahan dalaman Umno dan perpecahan parti Melayu yang menandai zaman Dr Mahathir.
idris-mahathirKUALA LUMPUR: PAS tidak pernah lupa peristiwa pertelingkahan dalaman Umno dan perpecahan yang menandai zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Naib Presiden Idris Ahmad.
Menjawab tuduhan pengerusi Pakatan Harapan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Idris berkata sebenaarnya Dr Mahathir punca besar perpecahan Melayu melihat kepada beberapa peristiwa politik penting yang berlaku di zamannya.
“Zaman dialah kita tengok Melayu berpecah. Tiga timbalan perdana menteri, 3 timbalan presiden Umno terpelanting, lahir Semangat 46, Umno diharamkan, PKR dilahirkan, itu semua sewaktu zaman beliau,” kata Idris kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.
“PAS tak pernah lupa,” tambahnya.
Idris menambah bekas perdana menteri itu mengitar semula “benda” yang sama dan beliau selaku seorang negarawan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu.
“Dia sebagai negarawan kadang-kadang pun bercakap tak macam seorang negarawan. Bercakap tentang Bugis, perompak, yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang negarawan.
“Kita sedia dikritik tapi biarlah dalam bentuk fakta, tidak ada emosi, jangan fitnah. PAS bukan maksum,” kata Idris, dan menambah partinya sedia menjawab kritikan berdasarkan prinsip Islam.
Dr Mahathir di blognya kelmarin menggesa Hadi menarik balik amanat yang dikaitkan dengannya, yang menurut Dr Mahathir menyebabkan orang Islam di negara ini berpecah dan berpuak.
Pengerusi PH itu berkata demikian selepas Hadi ketika ditemubual Sinar Harian 20 Oktober lepas berkata Dr Mahathir perlu bertaubat kerana menjadi punca kerosakan negara.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :