Anak luar nikah boleh bin nama bapa: Kita sedang buat pusingan U? infomalay12.blogspot.com

Keputusan Mahkamah Rayuan pada 27 Julai lalu berhubung anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah layak di sisi undang-undang untuk berbinkan nama bapanya dilihat seperti membuat pusingan U.
Pengerusi Biro Undang-Undang (Kanun) AMANAH, Hanipa Maidin berpendapat, keputusan melibatkan kes bayi yang di'binkan Abdullah' itu berkemungkinan besar berbeza jika mengikut Artikel 121 (1A) yang menghalang Mahkamah Sivil mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Menurutnya, sebelum peruntukan berkenaan wujud pada 1988, bidang kuasa Mahkamah Syariah banyak dicampuri Mahkamah Sivil.
hanipa maidin 1"Saya yakin jika isu Artikel 121 (1A) dibangkitkan, berkemungkinan besar keputusannya berlainan.
"Sebelum wujud Artikel 121 (1A) banyak kes yang melibatkan hukum Islam malangnya diputuskan oleh Mahkamah Sivil tapi nampaknya dengan keputusan terbaru ini berkemungkinan kita nampaknya sedang buat 'u-turn'," ujarnya.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Sepang itu menyifatkan keputusan yang dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat itu tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya.
"Keputusan Mahkamah Rayuan yang hanya putuskan kes itu semata-mata atas penafsiran akta tersebut, bagi saya, taklah boleh kita kata salah sepenuhya.
"Cuma, yang saya tak faham kenapakah peguamcara JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) tidak bangkitkan isu bidang kuasa iaitu 'adakah Mahkamah Sivil ada bidang kuasa putuskan isu itu dalam keadaan isu ini ada kaitan dengan hukum Islam'.
"Dan kita ada Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang secara jelas, bagi saya, berikan bidang kuasa eksklusif untuk putuskan isu sebegini, kepada Mahkamah Syariah," hujahnya.
Memandangkan peguamcara JPN tidak membangkitkan isu Artikel 121 (1A), jelasnya, untuk bersikap adil pihak Mahkamah Rayuan sudah tentu tidak diwajibkan untuk memutuskan isu tersebut.
"Bagi saya, isu di hadapan Mahkamah Rayuan bukan sekadar isu tafsiran peruntukan dalam akta tersebut tapi ia juga melibatkan tafsiran hukum Islam dan kedudukan nasab status bayi di luar nikah yang sudah tentu di dalam kepakaran Mahkamah Syariah.
"Itulah hakikatnya rasional Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan diwujudkan pada tahun 1988," tegas Hanipa lagi.
Kes tersebut berhubung rayuan ibu dan bapa seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang menolak anaknya berbinkan 'Abdullah'.
Ibu dan bapa kanak-kanak itu (perayu kedua dan perayu ketiga), kedua-duanya beragama Islam bernikah pada 24 Oktober 2009 tetapi anak mereka lahir pada 17 April 2010 iaitu lima bulan dan 24 hari (atau lima bulan dan 27 hari menurut kalendar Qamariah Islam).
Hanipa dalam ulasannya yang dipetik di Facebook beliau turut menyenaraikan fakta kes tersebut seperti berikut:
1. Ibu dan bapa kepada bayi yang di'binkan Abdullah' itu adalah Islam. Pada 17.4.2010, bayi tersebut dilahirkan oleh Perayu Ketiga (ibu). Pada masa dilahirkan bayi itu baru berumur 5 bulan 24 hari (atau 5 bulan 27 hari mengikut kalendar Islam) daripada tarikh Perayu Kedua dan Perayu Ketiga berkahwin secara sah.
2.Perayu Kedua dan Ketiga memohon secara bersama untuk bayi tersebut dibinkan kepada bapa bayi itu (Perayu Kedua) mengikut seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 ("Akta tersebut").
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :