KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu syor penubuhan Suruhanjaya Pendidikan dibuat secara bersungguh dan tegas supaya emosi guru tidak terus dipermainkan.
Presidennya, Kamarozaman Abd Razak, berkata idea penubuhan suruhanjaya ini sememangnya sudah lama disuarakan.
Justeru, Kamarozaman mahu perkara yang kembali dibangkitkan oleh Gabungan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ketika Mesyuarat Agung Tahunan GPMS Ke-63 semalam dan mendapat sokongan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamadi, tidak sekadar menjadi mainan politik.
"Sepatutnya, profesion perguruan ini sudah lama diasingkan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti mana tertubuhnya Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
"Menerusinya, banyak perkara yang dibangkitkan dalam perkhidmatan dapat diselesaikan," katanya ketika dihubungi BH.
Kamarozaman berkata, penubuhan Suruhanjaya Pendidikan itu diharap membantu menyelesaikan masalah perjawatan guru.
Selain itu, katanya, suruhanjaya itu juga boleh bertindak sebagai badan untuk memantau dan menyelaras dasar pendidikan negara.
"Penubuhan suruhanjaya ini bukan untuk menafikan pihak kementerian. Perlu ada suruhanjaya bebas yang menentukan dasar pendidikan negara.
"Ini kerana pelaksanaan dasar pendidikan sekarang tidak daripada akar umbi menjadikan ia seperti tiada hala tuju," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Anuar Ahmad, berkata Suruhanjaya Pendidikan mampu menjadi ruang untuk menyemak dan mengimbangi sistem pendidikan negara.
Katanya, perubahan dasar yang dilakukan tanpa kawalan boleh menyebabkan kecelaruan dalam sistem pendidikan negara.
"Menerusi suruhanjaya yang ditubuhkan, perlu ada teras dijadikan sebagai perkara pokok, yang tidak boleh dikompromi. Ia harus dikenal pasti dan perkara itu tidak boleh disentuh oleh menteri.
"Tapi ia tidak bermakna tiada perubahan boleh dilakukan. Rombakan, penambahbaikan dan pemansuhan dijalankan mengikut kesesuaian atau perubahan disebabkan keperluan serius," katanya.
Sebagai contoh, Anuar berkata, penggunaan bahasa Melayu dan sistem persekolahan vernakular adalah perkara pokok yang harus diambil perhatian oleh Suruhanjaya Pendidikan.
Beliau juga berkata, ada dasar pendidikan seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan sekolah wawasan, asasnya baik tetapi pelaksanannya sukar sehingga ada yang terpaksa dimansuhkan.
"Ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan berkaitan ada memberi maklum balas terhadap isu yang berlaku dalam sistem pendidikan kita, namun suara itu tidak sampai ke peringkat tertinggi.
"Suruhanjaya yang dianggotai oleh pakar dalam bidang ini boleh menjadi badan pemantau untuk memberi maklum balas dan kaedah terbaik dalam merangka dasar," katanya.

loading...