PRK Port Dickson - @Anwaribrahim Menang Pasti Calon Perdana Menteri, Kalau Kalah Satu Lagi PRK infomalay12.blogspot.com


Teka teki yang berlegar sehari dua ini terjawab sudah. Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim (DSAI) bakal bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson apabila penyandang dari PKR, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan perletakan jawatannya pagi tadi bagi memberi laluan kepada DSAI. Danyal berkata keputusan itu dibuat bagi membantu DSAI dalam usahanya kembali sebagai seorang Anggota Parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri kelapan.

Dari segi tradisi, Port Dickson adalah kerusi tradisi MIC. Untuk PRK kali ini, daripada bagi MIC bertanding di Port Dickson, lebih baik tidak payah bertanding terus. Bagi kemenangan percuma sahaja kepada PKR/PH.

Sekiranya Barisan Nasional ingin bertanding di Port Dickson, calon yang paling layak adalah Mantan Menteri Besar sendiri iaitu DS Muhammad bin Hassan atau Tok Mat. Orangnya mudah didekati, berjiwa Rakyat, 'down to earth', tiada skandal, mesra merentasi kaum dan paling penting beliau ahli politik UMNO yang disegani dan dihormati oleh Rakyat berbilang etnik.

Khabarnya ada kemungkinan Tan Sri Isa Samad akan bertanding sebagai calon bebas di Port Dickson menentang DS Anwar Ibrahim. Jika ini benar-benar berlaku mungkin Barisan Nasional dan PAS boleh bagi laluan dengan menyokong calon bebas.

Siapapun calon yang diketengahkan, lawan tetap lawan. Kita tidak mahu mana-mana pihak menjadikan Malaysia sebagai tempat hak eksklusif milik peribadi keluarga mereka.

Subscribe to receive free email updates: