Sejak timbulnya isu Tun Mahathir Mohamad mengaitkan Najib Razak dengan keturunan lanun Bugis, antara pihaknya yang nampaknya cukup melenting ialah Pas.
Dalam mengatakan musuh Pas tetap UMNO dan BN, tetapi nampaknya sayang mereka kepada Najib seperti sukar untuk disembunyikan.
Terkadang, rasa sayang pemimpin Pas lebih daripada perasaan sayang kepada Hadi Awang sendiri. Seolah-olah sakit paha kanan Najib kena cubit, automatik paha kiri mereka terasa juga.
Ada yang meminta Tun Mahathir ditahan dibawah Akta Hasutan hanya kerana ungkapan lanun Bugis itu, sedangkan dulunya Pas adalah antara yang paling lantang mahu akta tersebut dimansuhkan.
Sayang punya pasal, sampai lupa segala-galanya.
Seorang pemimpin Pas lain pula mengatakan hanya orang "otak senget" saja yang akan mengeluarkan ungkapan seperti lanun Bugis itu.
Dalam sekian banyak jawapan balas mengenai lanun Bugis itu, apa yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, ternyata paling menarik sekali.
Beliau menjawabnya dengan membawa satu cerita yang mempunyai maksud sindiran yang tajam dan bagai menikam hingga ke tulang hitam kepada orang yang berkenaan.
Di bawah ini dikongsikan tulisan Hanipa Maidin itu yang dipetik daripada laman Faceboknya, Peguam Pas - Dulu.
1. Ada satu cerita saya nak kongsi.
Ia kisah seorang murid yang tak naik kelas. Lalu, dia protes kpd guru dia. Maka guru dia kata "jika kamu nak naik kelas, saya nak uji kamu terlebih dahulu".
2. Maka guru itu guna kapur lukis satu objek kecil di papan hitam. Guru itu kemudian soal anak murid itu " Apa yg kamu nampak di hadapan kamu? Murid tu jawab "Saya nampak sebuah objek kecil yang cikgu baru lukis di papan hitam itu."
Read More / Baca Lagi >>