Rata-rata rakyat kini mengeluh dengan kenaikan harga makanan dan barang-barang keperluan harian. Justeru, apabila kerajaan digesa melakukan kajian di atas isu kenaikan harga barang ini oleh Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, rakyat mempunyai jawapan mereka sendiri.
Kebanyakkan mereka berasakan punca utama kenaikan harga yang melampau ini berpunca daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan penurunan nilai ringgit seperti yang didakwa pengguna Facebok, Sofiyuddin Sofi.

"Punca utama kenaikan harga barang adalah disebabkan nilai RM turun ke paras yang teruk disamping GST.
"Tak payah kaji sebab puncanya dah jelas," tulisnya.
Pendapatnya disokong pengguna Facebook, Pedang Melangit.
"Baru nak kaji, dah naik berapa puluh tahun dah, mungkin faktor rasuah, orang tengah, GST, harga minyak memonopoli perniagaan dan sebagainya.
"Malaysia ni tanahnya luas tapi pengeluaran kurang, masih import dari luar, teknologi pertanian pun kurang maju berbanding negara jiran. Kementerian yang berkaitan perlu lakukan sesuatu," tulisnya pula.
Bagaimanapun, ada juga berpendapat berbeza antaranya pengguna Facebook, Demonis Phet.
"Orang tengah atau 'middleman' inilah puncanya. Kawal lah mereka ini dan lesen atau monopoli yang dipegang oleh krono ditarik balik.
"Beri lesen pada mereka yang layak," tulisnya.
Bagi pengguna Facebook, Pata pula berpendapat bahawa peniaga mana yang ingin turunkan harga barang kini.
"Peniaga kalau dah dapat 'lampu hijau' naikkan harga barang sekali, mati hidup balik pun dia takkan turunkan harga lagi," tulisnya.
Sementara itu, ada juga netizen yang menyokong sekiranya kerajaan melakukan kajian terhadap kenaikan harga barangan ini.
"Sokong tindakan mengkaji harga barangan semasa, penguatkuasa patut sentiasa prihatin tentang perkara ini termasuk menteri yang berkaitan.
"Rakyat dah rasa harga tidak murah berbanding dua , tiga tahun dahulu," tulisnya.
Laporan Indeks Harga Pengguna Malaysia bagi Julai 2017 menunjukkan harga makanan di Pulau Pinang adalah yang tertinggi di Malaysia diikuti Johor,Melaka, Kuala Lumpur, Sabah, Labuan, Selangor dan Putrajaya.
Related Posts :
[Video Tumbangkan BN & Naikkan kerajaan yang tak makan duit, tidak rasuah dan menghapuskan GST] BACK TO ZERO Mulai jam 12.01 tgh malam ini, kawasan anda sudah tiada lagi insan bergelar YB. infomalay12.blogspot.comAhad, 8 April 2018
Rafizi Ramli
Suka Halaman Ini · 3 jam ·
Tahun 2013, Perdana Menteri dalam Manife… Read More...
MANIFESTO BN PRU-14: HEBATKAN MALAYSIA, LEBIH ADIL, LEBIH MENYELURUH infomalay12.blogspot.com
LIHAT MANIFESTO DISINI
Kuala Lumpur - Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjanjikan progra… Read More...
[Video Dr M mahu pamer gambar ketua ROS, SPR dalam akhbar seluruh dunia] 'Satu Logo' FANTASTIK TUN & Pas dianggap sebabai kera sumbang yang DIKENCINGKAN! Kalau BN kalah, penat buat manifesto gempak dan lain² strategies... infomalay12.blogspot.comAhad, 8 April 2018
Kalau BN kalah, penat buat manifesto gempak dan lain² strategies...
FANTASTIK TUN: SEFAHAMAN GUNA SATU LOGO D… Read More...
Bolehkah Dr.M guna logo PKR tanpa menyertainya... infomalay12.blogspot.com
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mengumumkan bahawa gabungan itu akan menggunakan simbol "mata" PKR sebagai l… Read More...
[Video Live~Tun Mahathir di Muar beri komen Najib di Axiata Arena & Tak gentlemen, kata Pas pada BN] SPR tidak perlu mengambil langkah seperti ROS yang terlebih lajak... infomalay12.blogspot.comAhad, 8 April 2018
HANYA PKR YANG AKAN BERTANDING DI PRU...
Parti mana yang akan bertanding di pilihanraya?
Mana² parti yang disa… Read More...