Anggota Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mempertikaikan kewajaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melabur sejumlah RM152 bilion di Amerika Syarikat setakat Jun lalu seperti yang didedahkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semasa lawatannya ke Washington DC pada September lalu, memaklumkan KWSP telah melabur AS$7 bilion (RM29.4 bilion) dalam pasaran ekuiti dan akan terus melabur AS$3 bilion hingga AS$4 bilion dalam projek infrastruktur di Amerika Syarikat.
"Ekoran daripada itu, rakyat tertanya-tanya berapakah sebenarnya pelaburan kerajaan Malaysia di AS. Maka, saya telah menanyakan soalan itu kepada menteri kewangan.
"Jawapan yang saya terima di luar jangkaan saya. Sebenarnya, penglibatan KWSP dalam pasaran ekuiti AS mencecah RM152 bilion, jauh lebih besar berbanding RM29.4 bilion yang dinyatakan oleh Najib.
"Rakyat tertanya-tanya, kenapa duit mereka dilabur ke AS demi menghebatkan ekonomi AS semula. Mengapa tidak menghebatkan Malaysia?" soal pemimpin PKR itu pada sidang akhbar di Parlimen, hari ini.
Sim berkata jumlah yang sama boleh digunakan untuk membina 50 jambatan kedua Pulau Pinang, 3.5 Laluan Pantai Timur (ECRL), empat laluan keretapi berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), 4.6 juta unit rumah kos rendah dan 1,000 hospital baru.
"Rakyat bertanya, mengapa tidak menjadikan Malaysia hebat sekali lagi?" soal beliau sambil menambah, terdapat risiko dalam pelaburan luar negara.
Dalam jawapan parlimen kepada Sim, MOF berkata jumlah RM152 bilion itu adalah kurang daripada 20 peratus jumlah pelaburan luar negara KWSP iaitu sebanyak RM759.78 bilion.
MOF juga berkata KWSP telah memulakan pelaburan luar negara pada tahun 2006 sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mempelbagaikan pelaburannya.
Kementerian itu juga berkata, hasil pelaburan itu mencatatkan pulangan 9.73 peratus ke atas pelaburan luar negara pada 2016.
Read more at http://ift.tt/2z5xs1Y