Menteri Besar Selangor itu mendakwa timbalan perdana menteri menerima tekanan kuat beberapa jam selepas menjawab soalan di Dewan Rakyat pada pagi Isnin, sehingga memaksanya membuat kenyataan penjelasan pada sebelah petang.
Semasa sesi soal jawab di Parlimen pada Isnin, Zahid berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum mendapat jawapan daripada Interpol untuk mengesan ahli perniagaan itu yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Beliau menjawab soalan tambahan Azmin, yang juga ahli Parlimen Gombak.
Bagaimanapun, pada sebelah petang Zahid mengeluarkan satu kenyataan mendakwa jawapannya itu telah diputar belit oleh media.
Katanya, permintaan bantuan Interpol tidak lagi aktif kerana fail kes melibatkan Low sudah ditutup.
Jho Low, yang sehingga kini dipercayai masih bersembunyi, mempunyai kaitan rapat dengan skandal 1MDB yang menyaksikan berbilion ringgit dana awam disalahgunakan oleh individu tertentu.
Dalam saman terbaru DoJ mengatakan kira-kira AS$700 juta (RM2.99 bilion) daripada pinjaman Bank Deutsche bernilai AS$975 juta kepada 1MDB digunakan oleh Jho Low untuk membeli barang kemas mewah untuk model Australia, Miranda Kerr.
Mengulas lanjut, Azmin berkata tindakan timbalan perdana menteri mencetuskan tanda tanya pada rakyat yang mahukan persoalan mengenai skandal 1MDB dan kaitan dengan hartawan tersebut dirungkaikan.
“Jadi saya serah pada rakyat untuk melihat mengapa timbalan perdana menteri takut dengan ketuanya sehingga beliau terpaksa buat ‘u-turn’.
“Beliau kena berani jangan tunduk pada tekanan politik kerana ia skandal kewangan terbesar nama Jho Low disebut di Amerika Syarikat, United Kingdom , Singapura seluruh dunia menyebut.
”Sebab itu saya minta pihak polis jalankan tanggungjawab.Ini bukan untuk hukum namun menahan beliau jalankan siasatan,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>