Bajet 2018: Gertak desak kerajaan kembalikan subsidi minyak, selaraskan harga infomalay12.blogspot.com


Bajet 2018: Gertak desak kerajaan kembalikan subsidi minyak, selaraskan harga
Walaupun Bajet 2018 sedang dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Najib Razak, sekumpulan anak muda mengharapkan kerajaan dapat menurunkan harga minyak dan mengembalikan semula subsidi kepada rakyat.
Hari ini sekumpulan ahli Gertak  Turunkan Harga Minyak (Gertak) telah berkumpul di persimpangan jalan masuk ke Parlimen pada jam 2.30 petang tadi mengadakan demontrasi aman.

Penyelaras Mobilasinya Faiz Fadzil berkata, kumpulan anak muda yang hadir dalam demontrasi petang ini adalah mewakili suara rakyat Malaysia yang mahukan kerajaan perihatin mengenai harga minyak yang semakin menekan kos sara hidup rakyat.
“Kita memikirkan harga minyak adalah faktor utama kepada rakyat kerana ia meberi kesan domino kepada kehidupan rakyat.
“Jika harga minyak diturunkan secara stabil bukannya hanya gula-gula pilihan raya, saya pasti kerajaan dapat menangani masalah harga minyak di pasaran pada masa kini.
“Ini kerana harga minyak di bawah kawalan kerajaan jika kerajaan tidak mengambil langkah efisen untuk mmentastabilkan harga minyak tiada pilihan lain bagi rakyat lagi.
“Kita harus menukar kerajaan dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang,” ujarnya.
Faiz yang juga Timbalan Ketua Pemuda AMANAH berkata, kini harga pasaran minyak dunia adalah rendah tetapi pasaran minyak di negara ini masih tidak dikawal secara stabil oleh kerajaan.
“Kita semua tahu harga minyak dunia hari ini adalah AS$52 setong tetapi minyak dijual begitu tinggi seolah-olah AS$120 kita perlu sedar keadaan hari ini kerana skandal korupsi yang teruk Najib tidak dapat mengatasinya untuk menurunkan harga minyak sebaliknya harga minyak terus naik saban minggu berdasarkan kepada formula yang diperkenalkan kerajaan.
“Saya percaya harga minyak di negara ini diluar harga sebenar pasaran minyak dunia- rakyat ditekan bagi kerajaan mendapatkan pendapatan yang lebih bagi menampung kewangan kerajaan untuk membayar hutang-hutang yang berlaku dalam skandal 1MDB.
“Orang muda adalah golongan paling tertekan dalam kos sara hidup hari ini.

“Kami merasakan kami turun mewakili seluruh suara rakyat Malaysia agar belanjawan tahun depan mengambil langkah positif secara stabil mengikut harga pasaran dunia dan subsidi dikembalikan potongan subsidi RM3bilion boleh ditampung dengan kutipan RM42bilion daripada GST.
“Kamu kutip duit kami RM42bilion pada masa sama kamu potong lagi subsidi yang sepatutnya itu hak kami sebagai rakyat Malaysia,” ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :