Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan peruntukkan RM6.8 bilion melibatkan 7 juta penerima sepertimana tahun sebelumnya.

KUALA LUMPUR: Selepas dinaikkan setiap tahun sejak 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tiada bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan.
Dalam pembentangan Bajet Persekutuan 2018 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata peruntukan untuk program wang tunai sekali beri itu kekal pada RM6.8 bilion melibatkan 7 juta penerima sepertimana tahun sebelumnya. Kadar maksimum pemberian BR1M juga dikekalkan pada RM1,200.
“Sejak BR1M diperkenalkan, terbukti rakyat teramai menerimanya dengan senang hati dan rasa syukur. Jelas sekali, BR1M merupakan suatu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya, terbukti keberkesanannya,” kata Najib.
Najib sempat membidas pengkritik program wang tunai sekali beri itu.
“Hatta, pihak pembangkang yang begitu negatif terhadap inisiatif ini dan menuduh sebagai ‘dedak’ itu dan ‘umpan’ ini, tapi kini tanpa segan silu membuat ‘u-turn’, dan khabarnya Kerajaan Pulau Pinang sendiri telah akur akan benarnya program BR1M oleh Kerajaan ini.”
Pemberian BR1M mula diperkenalkan pada tahun 2012, dan merangkumi RM1,200 kepada penerima isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, bantuan RM900 kepada 291,918 penerima isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000, dan bantuan RM450 kepada penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
Peserta program eKasih dengan pendapatan RM1,500 dan ke bawah turut menerima bantuan BR1M.
Related Posts :
Jamal boleh jual ikan di mana-mana - Mat Sabu infomalay12.blogspot.com
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
… Read More...
Akibat Jalani Pembedahan Plastik, 3 Wanita China Ditahan di Lapangan Terbang Korea infomalay12.blogspot.com
Selasa 10 Oktober 2017
Tiga wanita China tertahan di Lapangan Terbang Korea Selatan. (Foto: Asia Wire)
SEOUL - Sudah… Read More...
[Video Presiden PAS Tak Faham Tentang 1MDB, DoJ & Good Governance] In Sya Allah. Aku and the gang akan turun bersama rakyat Malaysia...Mereka telah "tawuun" sebab itu mereka perlekeh usaha ini! infomalay12.blogspot.comSelasa, 10 Oktober 2017
Ulo Sawa
8 jam
Insyaallahhh.!!
Aku and the gang akan turun bersama rakyat Malaysia..
Kita bersatu un… Read More...
[Video Dengan bantuan Ratu Naga, Syed Saddiq-Hamidah berdamai] Batu api, salah faham punca perbalahan, kata Ratu Naga. infomalay12.blogspot.comSelasa, 10 Oktober 2017
Batu api, salah faham punca perbalahan, kata Ratu Naga
(Dari kiri) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Syahrul Ema Ren… Read More...
[Video Jamal boleh jual ikan di mana-mana - Mat Sabu] Lima tuntutan Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi pada 14 Oktober. infomalay12.blogspot.comSelasa, 10 Oktober 2017
Malaysiakini
Lima tuntutan Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi pada 14 Oktober
Sekretariat Himpuna… Read More...