IPOH – Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming menyifatkan sidang media oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang kembali kepada Umno semalam, sebagai sidang Maharaja Lawak.
Katanya, sidang media berkenaan secara keseluruhannya turut mendapat respons kurang senang daripada pengamal media yang merasakan telah dipermainkan untuk liputan sidang akhbar berkenaan.
“Sidang media itu hanyalah untuk kutip ‘surat khabar lama’ yang dikutip balik. Jelas, ini menggambarkan BN telah muflis idea dan Perdana Mengeri (Najib) sendiri cukup lemas dan terdesak,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Semalam, Muhammad secara rasminya kembali menyertai Umno dan pengumuman itu, dibacakan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Umno, Menara Dato’ Onn.
Sementara itu, Kor Ming berkata demikian pada sidang media sempena Himpunan Rakyat 1410 yang dijadualkan berlangsung di padang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), 14 Oktober depan mulai 4 petang hingga 12 tengah malam.